
Di saat mahligai indah sedang dicipta .. semuanya terhenti gara-gara satu peristiwa.
Peristiwa yang hampir meragut mahkota yang paling berharga buat dirinya. Igauan kelmarin dan kekecewaan membuatkan dia membawa diri ke Melbourne.
Kota Melbourne yang asing menjadi kawasan di mana ketenangan boleh dicari . Sementelah meneruskan pembelajarannya di Univerisity Of Melbourne.
Namun, ketenangan itu hanya sementara.. Masalah semakin menjerut diri apabila dirinya dipaksa berkahwin dengan Adham. Lelaki yang tidak pernah dicintainya.
Kesedihan diri terasa semakin pedih di atas kehilangan insan yang amat disayanginya. Mampukah Adham mengubat kelukaan hati Marini?
Kehidupan yang dilaluinya bersama lelaki yang telah sah menjadi suaminya tanpa cinta semakin menghimpit diri kerana kebencian yang dipendam kepada lelaki itu yang dikatakan cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Mampukah Marini mencintai Adham?
seheningkotamelbourne.blogspot.com
atau di p2u dengan nama pena Alisya Syakira.