Welcome To My Blog Buddy .Be My Follower keyh :D
Peringatan daripada penulis!
Selamat membaca saya ucapkan kepada yang hadir! Iklan sebentar : Nantikan kedatangan cerpen"Isteriku Menantu Cadangan!" dan "Ya Sayang, Saya Sudi!" di penulisan2u.my. Saya hargai pembaca semua. Boleh tambah saya di facebook anda. Saya tak makan orang :p :)

Monday 26 March 2012

Doaku Untukmu Sayang


Kasih..
andai malam ini merupakan malam terakhir aku melafazkan kata-kata yang tak mampu ku ucapkan suatu ketika dulu .. Maka terimalah sayang .. Terimalah salam cinta ini buat kali yang terakhir.. dan maafkan lah aku kerana tidak mampu menuturkannya lagi.

Seandainya malam ini benar-benar malam yang terakhir aku ..
tak mungkin aku terkilan lagi sayang . Sungguh tiada penyesalan lagi .. Kerana hati aku mulai tenang .. apabila kau juga mengetahui, kasih dan sayang aku tak pernah pudar walau sedikitpun..

Di sini aku titipkan satu pesanan buatmu dan juga lagu untuk kau mengingatiku.. Jika rindu itu masih bersisa buatku, ingatlah tentang kenangan kita masa dulu :) Janganlah dihapuskan kenangan yang ada , kerana khuatir , kau juga akan tersiksa..
Jadi angin , tolong sampaikan pesanan ini buat si kekasih hati , khabarkan kepadanya, aku juga merinduinya :)

Kau mahu apa pasti kan ku beri,
Kau minta apa akan ku turuti,
Walau harus aku terlelah dan letih,
ini demi kamu sayang...

Aku tak akan berhenti.. menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi..
bahkan bila aku mati.. ku kan brdoa pada ilahi ..
tuk satukan kami di syurga nanti..

Tahukah kamu apa yang ku pinta?
Di setiap doa sepanjang hariku..
Tuhan tolong aku.. Tolong jaga dia..
Tuhan aku sayang.. Diaa..

Aku tak akan berhenti.. menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi..
bahkan bila aku mati..
ku kan brdoa pada ilahi ..
Tuk satukan kami di syurga nanti..

p/s : Saya mencintai kamu seperti lagu ini, dan inilah doaku buatmu .
Okay , enough jiwang . :D




Friday 16 March 2012


Saya tak tahu la nak cakap macam mana lagi. Apa yang saya buat, orang akan curiga dengan saya. Then you nak saya buat apa? Tak cukup lagi ke apa yang saya dah korbankan ni? Saya dah korbankan hati saya. Saya dah korbankan seluruh perasaan saya. Please la jangan nak jadi annoying lagi. =="

*************************************

Sayang, andai pantai itu mampu ku coretkan satu lakaran ,
akan ku lakar wajahmu biar seluruh makhluk ciptaan tuhan mengethui bertapa hati ini kasihkanmu, cintakanmu.

Awan bayu.. sampaikan salam rinduku buat si kekasih hati. Khabarkannya bertapa hati ini sangat merinduinya saat ini.

Bintang, temankan dia di malam hari.. Kerana diri ini tidak mampu lagi menemaninya seperti selalu.. jangan biarkannya sunyi seperti jiwa ini yang mulai kosong.

Bulan, teranginya dengan cahayamu sebagaimana terangnya harapanku saat ini. Harapan yang pernah ku beri padanya masa lalu.

Kasih, betapa bahagianya hati ku pada masa itu. Saat diri ini mulai merasai perasaan cinta yang wujud antara kita. Sungguh trlalu banyak ungkapkan kata syukur pada ilahi. Doa yang dipanjatkan agar rasa cinta itu tumbuh setelah aku mulai menerimamu sebagai cahaya dalam diri ini. Aku merupakan antara manusia yang sangat bertuah, kerana cinta yang kau berikan ibarat laut yang tiada penghujungnya..

Cinta,
mengapa kebahagiaan itu hanya sementara? Adakah aku dihukum kerana tidak mencintaimu dulu? Masih ku ingat, tsunami yang melanda sewaktu laut mengalir tenang. Mengapa sebegini kejam diri ini dihukum? Besarkah dosa ini sehingga kau biarkan diri ini tergapai kelemasan tanpa bantuan? Tiadakah rasa kasihmu mahupun simpati untuk mengangkatku ke daratan?

Hujan, kau bagai memahami perasaan ku saat ini. Kalau boleh ku lafazkan, titisan mutiaramu tak setanding dengan titisan air mataku. Kalau ku hamburkan kesemuanya, ianya melebihi lautan atlantik. Kerana air mata ini sebagai tanda kelukaan yang parah di hati. Kekecewaan yang menggunung kerana segalanya kian berantakan. Sehingga meninggalkan kesan parut yang dalam. Siapakah yang sudi mengubatinya? Siapalah yang mampu menghilangkan tanda kelukaan ini? (Allah maha besar)

Kenangann... tolong ingatkan dirinya tentang aku.. Kerana diri ini tidak mampu lagi menyapanya.. Terasa malu dan hinaa.. kerana diri ini kian dilupakan.. Kerana diri ini tidak lagi dihargai sperti dahulu.. Masihkan dia ingat padaku? Masihkah ada rsa cintanya pada aku? Msihkah dia ingat tentang kasihku padanya? Hanya kenangan yang bersisa.. mungkin, cinta itu telah pergi seperti jasadnya yang kian mnjauh.. ttpi kenangan akan tetap menemaninya.. sprti kenangan yang menghntui aku. Mampukah aku melupakan kesemuanya? (Wallahualam)

Apalah dayaku sayang.. Menolak takdir tuhan yang telah ditetapkan .. Kesedihan ini hanya sementara , pasti Allah menetapkan yang terbaik buat aku. Sebagaimana kamu :) Insyaallah , Janji tak pernah aku lupa.. dan aku masih pegang janji itu.

Ku kirimkan doa rindu kepadamu.. Andai dirimu merindui kasih yang pernah ku salurkan.. kirimkan rinduu pada bulan . Kerana biarpun dri ini tidak mampu melihatmu lagi , kita masih mampu melihat bulan bersama-sama. Malam ini ku lafazkan , ungkapan rinduku buatmu bersaksikan bulan. Terimalah sayang takdir ini.. Doalah sayang.. agar semuanya mengikut impian kita. Kisah dongeng kita.

Tak tertahan lagi air mata ini dari terus mengalir. Membalut rasa kehilangan yang menghimpit resah di hati. Harapanku, agar semuanya akan berakhir.. berilah peluang pelangi muncul kembali bersama corak cinta yang bersemi. Ku akhiri salam kata bersama setitis air mata~

pejamkan matamu,,
bersama heningnya malam
petiklah bunga mimpi
dgn jemari kelembutan
dan,,
tidurlah dgn sejuta impian,
sehingga pagi kembali datang
menyapa mu dgn senyuman - Alisya Syakira

Thursday 15 March 2012

Buat gadis yang masih mencurigai diri ini

Assalamualaikum,
wahai gadis, sengaja i use my blog untuk explain to you. sbb rsanya anda mmg slalu stalker saya.
Me and him dah tak ada apa-apa . Now he back to you right ? then selamat berbahagia.
I know you dah trsnyum. I know you dah bahagia. i doa you sucess dalam hidup you. tak berguna i doa buruk2 untuk you. I bukan you. Go on and hiduplah dengan janji-janji itu. I wish you the best life.
Kata-kata tomahan yang telah saya terima dari semua rakan-rakan anda saya anggap sebagai pembersih jiwa saya. Tak prlu berdendam. Saya mungkin diuji saat ini. Ingatlah, sekarang anda dah dapat apa yang anda nak . Trust him as well he do to you. Hargainyaa dan sayang dia dengan seikhlas hati. I know you love him alot . Its okay, saya lebih mencintai allah . Kerana allah dah beri yang terbaik untuk saya.
statement yg ingin saya tekankan : saya bukan penipu :)

sebab saya tak pernah tipu anda. kalau saya nak tpu , i wont explain to you anything. No need untuk curiga dengan saya lagi. Saya akan lenyapkan segala rasa yang ada demi kebahagiaan dia. Bukan nak bagi ayat pasrah, tetapi saya benar-benar ikhlas dan redha dengan kehendak anda. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk saya. He's change. Dan perubahannya itu merupakan perubahan yang baik. Jadi, pls jaga dia baik2 lebih dari kamu jaga diri kamu sendiri. satu lagi , sbgai prmpuan jga mlut kamu. mlut kamu lebih bisa dari mata pisau. and the more you hurt people , you akn trima balasannya. hanya dalam masa sesaat, kbhgiaan kamu akan di tarik balik. walau marah mana pun, bersabar lah . I msh hormat you sbb you manusia mcm i.

thats all from me.
tolong jangan curiga dia lagi. Selamat bahagia dan selamat menjalani hdup dgn barakah allah.

Tulus ikhlas ,
DC CHIKA

Wednesday 14 March 2012

Because I miss you

Always the exact same sky and
Always the same day.
Only thing that is different,
Is that you are not here.

i thought i have let you go.
without anything left
No, no i still havent.
been ab;e to let you go

Longing for you, i'm longing for you,
because i am longing for you
i call you and call you by myself everyday,
Missing you, i am missing you.
Because i am missing you.
now i just call out
your name like a habit , even today.

Day by day i feel like im dying,
so what i could do?
Love you, i am love you,
i love you..
without even being able to tell you these,
i have to let you go like that,

sorry i am sorry ,
can you hear me?
could you be able to hear my late confession.
I LOVE YOU.

Tuesday 1 November 2011

Biarkan Hati Mencintaimu


V

room! Sebuah kereta memecut dengan laju.

“Cis! Tak guna punya driver! Dia ingat ni jalan bapak dia punya?Suka hati dia aje pecut tak pandang orang!”bebel Han sambil melemparkan payung yang dipegangnya. Terasa tiada guna dia memegang payung lagi. Pakaiannya sudah basah kuyup terkena air.

Sudahlah hatinya semakin panas gara-gara pekerja di tempat kerjanya, kini hatinya semakin membara dengan sikap pemandu yang tak menghormati orang lain.

“Kalau aku tahu siapa pemilik kereta mewah tu, siaplah dia aku kerjakan!Kurang ajar betul!”marah Han.

Hujan turun semakin lebat memaksa Han melajukan langkahnya. Terasa bala semakin berat menimpanya.

‘Hai apalah nasib aku ni, sudahlah bergaduh dengan pekerja, selepas tu kereta rosak dan kini terpaksa berjalan kaki balik rumah. Baju basah pulak tu!’

Hatinya menaruh perasaan dendam. Dia bukannya mahu berdendam sangat tetapi memandangkan si pemandu tidak berhenti untuk meminta maaf membuatkan dia semakin panas! Dan panas!

“HAN! Apasal baju kau basah? Kau terjun kolam ke? Aku tak dengar pun bunyi enjin kereta kau. Romeo kau rosak ke?”soal Anna apabila terlihat kawan baiknnya pulang ke rumah dalam keadaan basah kuyup.

Romeo merupakan gelaran bagi kereta milik Han. Han yang memulakan gelaran itu memandangkan dia tersangat sayangkan kereta itu kerana itulah kereta pertama yang dibelinya. Baginya itulah pengarang jantung hatinya. Tak ada boyfriend pun tak apa asalkan ada Romeo!

“Romeo aku rosak la weyh. Dah masuk hospital pun pagi tadi. Sebab tu aku naik kaki je balik rumah. Nak harap kau ambik aku, alamatnya bermalam la aku dekat office. Kau tak kerja ke hari ni? Ke ada meeting dengan abang sayang kau?Kau ni kerja macam kerbau la . Kerbau pun tak malas macam kau.”jawab Han tetapi masih lagi dengan hati yang panas.

“Alah kau ni. Ryan ajak aku keluar la. So, aku ingat nak ‘cong’ bos aku satu hari. Goda sikit bos aku tu, jalan la rancangan aku. Eh, sekurang-kurangnya aku tak buat kerja jahat tau. Han, aku ingat Romeo kau dah tak dapat diselamatkan tadi. Bila kau nak jemput Romeo kau keluar? Kalau Romeo kau tak boleh keluar lagi, kau boleh lah drive Juliet aku. Jangan risau, Juliet aku jinak”seloroh Anna.

“Kau ni aku tengah membahang ni boleh lagi kau buat lawak. Sekali aku karate kau, naya kau!”

“Okey.. Okey.. janganlah kau nak karate aku. Aku gerunlah. Aku tahulah Tai Chi aku ni tak setanding karate kau. Cuba story dengan aku. Apahal ni?”

Anna sememangnya agak gerun dengan sikap panas baran kawan baiknya itu, lagipun dia tidak boleh tersilap kata bak kata pepatah Tersilap bicara,badan binasa. Han sememangnya sudah sedia maklum merupakan seorang CWF (Comunity Warrior Fighter) sewaktu di universiti dahulu dan juga pemegang tali pinggang biru.

“Ada mamat tu bawak kereta perasan nak jadi Superman! Drive laju macam nak tercabut tayar kereta tu aku tengok. Sebab tu baju aku basah ni. Dahlah buat salah, tak minta maaf pulak! Main jalan aje! Eeeii.. bengangnya aku bila ingat balik”jawab Han dengan hati yang membara. Dikepal penumbuknya sambil membayangkan penumbuk sulungnya hinggap di muka pemandu tersebut.

“Alah biasalah tu..Pemandu sekarang bukan fikir fasal orang lain dah. Dorang ikut kepala dorang aje. Rileks. Kau tunggu kejap, aku ambilkan jus untuk kau.”

Beberapa minit kemudian, Anna kembali dengan gelas berisi jus oren di tangan. Lantas, dihulurkan gelas tersebut kepada Han.

“Apa kata malam ni kita keluar sama. Kau tu sibuk kerja aje, bila lagi kau nak hangout dengan aku. Kita ni nama aje duduk serumah tapi tak sebulu.Malam ni kita keluar ya Han?”pujuk Anna penuh berharap.

Anna Lim sememangnya kawan yang memahami dan juga lembut. Dia merupakan seorang Interior Designer di sebuah syarikat terkemuka. Walaupun dia berlainan bangsa tetapi mereka bagaikan adik-beradik yang tidak mampu dipisahkan. Percakapannya lembut dan tenang membuatkan Han tidak mampu menolak cadangan Anna.

“Sayang kau Han! Meh sini aku bagi kau satu ciuman sayang! Jangan risau! Free of charge!”balas Anna sambil mendekatkan bibirnya di pipi Han.

“Woiii... tak naklah! Geli la aku!” jerit Han apabila menyedari Anna hampir menciumnya membuatkan kakinya laju berlari memasuki bilik.

DUM! Pintu bilik dikatup rapat. Anna geli hati melihat gelagat Han,rakan baiknya. Han sememangnya agak geli geleman dengan kata-kata atau perbuatan yang terasa romantik. Itulah yang menjadi bahan untuknya mengenakan Han.

MALAM itu seperti yang dirancangkan, Han keluar bersama rakan baiknya Anna. Mereka segera melangkah ke meja makan di satu sudut ruang yang agak tenang. Kelihatan panaroma malam yang sangat mengasyikkan. Restoran ini merupakan salah satu restoran exclusive yang hanya akan dikunjungi oleh orang-orang berada. Di bahagian kiri ; kelihatan pemandangan tasik dan bukit bukau. Walaupun keadaan agak samar-samar , mereka masih mampu melihat keindahan tasik. Lilin dan bunga-bungaan dihiasi tersusun di meja makan khas untuk mereka yang bercinta.

“Eeiii.. tak ada tempat lain ke kau nak bawak aku Anna? Romantik sangat tempat ni lagipun mahal la. Sebulan aku makan dekat sini, boleh pokai aku tau! Aku tahulah Ryan tu boleh support semua kredit kad kau tapi janganlah kau terlalu bergantung dengan dia Anna.”

Belum sempat Anna menjawab pelayan sudah datang mengambil pesanan.Setelah memesan, pelayan kembali melangkah meninggalkan meja.

“Dah dia bagi, aku ambik la. Lagipun kau pun tahu aku macam mana kan?”balas Anna sambil tersengih-sengih. Ditunjukkan jari manisnya; kelihatan sebentuk cincin berlian.

“Eleh, tu mesti harta Ryan la tu!”

“Ni baru satu tau! Banyak lagi dalam simpanan aku.”

Han sekadar menggelengkan kepala. Ryan Ong merupakan kekasih hati Anna Lim. Seorang ahli koporat yang berjaya. Selama ini Ryanlah yang banyak membantu kewangan Anna sehingga membuatkan Anna naik tocang. Anna sering dimanjakan dengan barangan mewah. Rumah yang disewanya juga bersama Anna Lim merupakan rumah pemberian Ryan. Kerana itu jugalah Han semakin segan dengan Ryan yang sering kali datang mengunjungi Anna. Nak halau, tu rumah dia.

Ada satu hari Han benar-benar terkejut apabila terlihat kelibat Ryan di rumah. Nasib Han sudah bertudung, kalau tidak mahu tudung salji pun Han sanggup pakai.

“Aku tengok kau ni dari dulu tak ada kekasih hati. Sampai bila kau nak hidup macam ni? You know what? Love is the most important in our life. Tanpa cinta hidup kita kosong dan sunyi tau!”

“Who say so?Cinta tu menyusahkan! Kau tengok la sekarang ni, ramai yang mati tertonggeng sebab putus cinta aje. Aku tak nak jadi salah seorang daripada mereka. Lagipun ni Han la. Kiamat dunia kalau aku bercinta.”pintas Han sambil mengunjukkan jari ke arah dirinya.

“Haila , cakap megah sangat. Kau tengok la nanti kalau kau betul-betul jatuh cinta. Dunia kiamat ke tak. Han – Han , hello awak tu Raihana. Bukan Han. Macam lelaki aje bunyinya.”jawab Anna sambil menjeling. Anna sememangnya meluat dengan kerenah rakannya yang kelihatan agak anti dengan cinta. Entah mengapa Raihana bersifat sebegitu namun Anna sedar mungkin Han mempunyai sebab yang tersendiri.

Beberapa minit kemudian, pelayan datang sambil menghidangkan makanan yang dipesan.

“Okay dah! Tutup topik. Orang tua-tua cakap kalau waktu makan jangan bercakap. Nanti tak berkat”

“Coi la lu! Banyak la lu punya orang tua-tua cakap”balas Anna Lim sambil ketawa kecil. Han sememangnya suka mengelat.

Setelah selesai menjamah makanan Han menyandar kekenyangan.

“Anna, thanks sebab sudi belanja aku makan. Kalau senang kau belanja la aku lagi. Save la duit bulanan aku.”

“Eleh mahu makan free aja kau ni. Kejap ya, Ryan call”

Han mengganguk lantas memberikan peluang buat Anna menyambut panggilan si kekasih hati. Di lemparkan pandangannya kembali ke arah tasik. Sesekali dia tersedar, ada benar juga kata-kata Anna tadi. Sampai bila dia harus begini? Umurnya sudah hampir mencecah dua puluh lima. Kalau orang dulu-dulu cakap dah nak dekat andartu dah. Tapi apa yang perlu dia buat? Gara-gara sikapnya yang agak kasar membuatkan lelaki takut untuk mendekatinya. Lagipun.. Dia sememangnya bencikan C-I-N-T-A!

“Han!”

Han segera memandang Anna Lim yang merenung tajam ke arahnya.

“Teringat Romeo kau ke? Aku jerit panggil kau pun kau tak dengar. Jom lah, aku hantar kau balik. Ryan nak datang ambik aku la.”

Han memandang ke arah jam di tangannya.

“Dah nak dekat pukul 12 ni. Takkan kau nak keluar lagi? Macam belangkas betul kau orang ni”

“Richard ajak aku tengok midnight movie. Kau jangan jeles ok?”balas Anna sambil tersengih-sengih. Han menjuihkan bibir. Meluat dengan kelakuan rakannya.

Bila di ingat kembali, Anna sering kali keluar bersama Ryan walaupun sudah lewat malam. Mereka bagaikan pasangan yang comel! Kadang-kadang bergaduh kerana hal kecil aja. Masih lagi dia ingat, Mereka berdua bergaduh hanya gara-gara movie yang ingin ditonton. Anna yang sukakan filem seram manakala Ryan lebih menyukai filem cinta membuatkan mereka bertengkar di luar panggung sehingga membuatkan Ryan terpaksa memujuknya dan terpaksa menunggu di luar pintu selama berjam-jam lamanya bersama bunga ros di tangan dan coklat. Ryan sememangnya lelaki yang sangat romantik.

“Eh jom lah balik. Aku nak cepat ni”

Suara Anna menghentikan lamunannya. Lantas Han bangun daripada kerusi sambil melangkah menuju ke kereta BMW milik Anna. Kereta itu juga merupakan kereta pemberian Ryan sempena hari valentine day.

Sewaktu dia ingin memasuki kereta, matanya tertancap pada sebuah kereta Alfa Romeo berwarna putih. Dia memejamkan mata mengingati kejadian pagi tadi. Memang sah! Ni la kereta mamat tu!

“Eh Anna. Cuba kau tengok kereta tu. Tak silap aku, kereta tu la yang buat baju aku basah tadi! Mungkin mamat tu pun ada dalam restoran tadi!”

“Kereta putih ni ke? Are you sure? Kau jangan salah serang nanti malu kita”

“Yes! Aku masih ingat lagi nombor plat kereta ni. Memang sama!”

“Dahla .. jomlah kita balik. Takkan kau nak buat kerja gila kau pergi karate mamat tu. Tak fasal je nanti kita kena saman. Lelaki tu mesti orang kaya. Kau tengoklah kereta dia aje. Nampak mewah.”

Anna menarik lengan Han menuju ke kereta.

“Kejap-kejap! Aku ada idea”

Pantas Han mengambil sekeping kertas dan pen di dalam kereta kemudian mencatat sesuatu lantas dia meletakkan kertas putih di cermin kereta itu.

‘Tak dapat marah laki tu pun, dapat cari fasal dekat kertas pun jadilah. Baru puas hati aku!’

Terkebil-kebil Anna melihat tingkah laku Han. Gadis itu sememangnya suka melakukan kerja yang pelik!

“Oit, apa yang kau tercongok lagi? Dah jom pergi. Nanti kekasih hati kau membebel pulak!”

Han memasuki kereta dengan hati yang puas. Dalam hatinya berharap agar tidak menemui lelaki itu lagi. Dia juga berdoa agar tidak bertemu jodoh dengan lelaki sebegitu. Simpang malaikat 44!

FAHRIN memejamkan matanya rapat-rapat. Serasanya dia tidak pernah mencari musuh. Dipegang kertas putih itu kejap. Siapakah orang yang telah memberinya nota ini?Diulangi membaca nota yang kelihatan seperti bentuk amaran.

Kau jangan ingat kau bagus. Tolong hormat orang dijalanan. Kalau kau bermimpi nak jadi superman pun jangan menyusahkan pejalan kaki macam aku. Kau faham kan? Jadilah driver yang berhemah. Pesanan daripada kementerian kesihatan Malaysia.

-Han-

Walaubagaimana pun Fahrin agak ketawa lucu apabila membaca nota ini. Mungkin gadis yang menulis nota ini. Firasatnya kuat mengatakan begitu kerana baginya pesanan itu terasa agak comel dan lucu. Terasa tidak masuk akal juga apabila memberikan seseorang surat berbentuk amaran tetapi menulis namanya di bahagian bawah. Apa motifnya? Pasti gadis yang menulisnya kerana ketara kepolosannya. Tetapi siapakah gerangan yang menulisnya? Kenapa namanya Han?Argh! Hatinya benar-benar ingin bertemu muka dengan pemilik kertas ini. Dia benar-benar nekad ingin mengenali gadis itu dan kalau boleh ingin mengenalinya dengan lebih rapat. Pasti gadis itu secomel rentaknya!

Dilipat kemas kertas itu lalu disimpan di dalam waletnya. Dalam hati dia berdoa agar dipertemukan dengan gadis misteri itu. Kata orang, kalau ada jodoh tak ke mana kan?

**********************

PRANG! Serpihan pinggan mangkuk memenuhi lantai rumah. Di satu sudut kelihatan ibunya menangis tidak keruan melihat tingkah suaminya yang bengis dan pucat lesi wajahnya. Pakaiannya kelihatan agak lusuh dan kotor.

“Mana kau letakkan semua duit tu ? Mana?!”jerkah Razni sambil matanya terbeliak memandang si isteri.

“Saya mana ada duit lagi abang. Semuanya dah habis untuk pembelanjaan seharian kita. Abang.. insaf lah abang. Kesiankan anak-anak kita”pujuk Rozia sambil menangis teresak-esak. Raihana yang kelihatan polos hanya memandang penderitaan ibunya. Ibunya kelihatan semakin kurus. Badannya penuh dengan kesan lebam akibat dilanyak dan diterajang hebat oleh ayahnya.

“Kau jangan nak tipu aku! Aku tahu kau memang ada duit! Kau jual dekat warung Limah tu takkan dia tak bagi kau duit? Cepat Rozi.. Mana?! Mana?!”

“Betul bang. Dah habis. Anak kita ni sakit. Demam. Saya dah gunakan duit tu hantar anak kita pergi klinik. Nak harapkan abang. Tengoklah abang sekarang? Dah tak tentu hala. Mak bapak saya bagi saya kahwin dengan abang sebab ingat abang akan jaga saya dan jadi suami yang baik. Ni bukan suami dah. Ni kaki judi! Kaki botol!”

“Kurang ajar!”

“Ibu!!!!”

Han terbangun daripada tidurnya! Tidak mampu dia menahan air mata lagi. Peristiwa itu bagaikan baru semalam terjadi. Sungguh! Sehingga saat ini dia masih menyimpan dendam yang masih membara di jiwanya! Dendam terhadap ayahnya akan sentisa meninggalkan parut. Lelaki semua sama!

LANGKAH Fahrin diatur memasuki pejabat. Inilah hari pertamanya bekerja di syarikat HouseAndCommon untuk mengantikan ayahnya yang ingin bersara. Bagi ayahnya inilah masanya untuk dia mengambil alih syarikat setelah hampir enam tahun dia tinggal bersama arwah ibunya di London.

Fahrin sememangnya agak tidak selesa tinggal bersama ayah dan ibu tirinya memandangkan selama enam tahun dia tinggal bersama ibu kandungnya. Dia juga kurang pasti sebab penceraian ibu bapanya tetapi apa yang mampu dia lakukan? Mungkin jodoh mereka setakat itu saja. Dia tidak pernah menyalahkan mereka.

“Introducing you, this is Fahrin. Orang yang akan mengambil alih tugas I di syarikat ni and inilah anak I. Nik Fahrin Reza Datuk Ikmal.”ucap Datuk Ikmal di hadapan para pekerjanya.

“Hi. I hope dengan kehadiran I akan lebih memajukan syarikat ni dan seterusnya mencapai misi dan visi syarikat. I juga berharap semua pekerja mampu memberikan komitmen yang terbaik dalam kerja masing-masing.Goodluck for all”ucap Fahrin sambil tersenyum.

Mereka kemudian bersalaman sebelum memulakan tugas masing-masing.

Fahrin dan Datuk Ikmal memasuki bilik. Lantas Fahrin melabuhkan punggungnya di kerusi yang selama ini menjadi kerusi Datuk Ikmal.

“Daddy tak sangka Fahrin sudi terima tawaran daddy. You know what? Inilah saat yang daddy tunggu. Daddy dah penat Fahrin. Daddy nak bersara dan daddy harap Fahrin mampu merelaisasikan keinginan daddy untuk tengok syarikat ni berjaya.”

“I will daddy. Daddy tak perlu risau tentang hal ni. Rasanya bekalan ilmu yang Fahrin bawa daripada London boleh bantu majukan syarikat ni. Don’t worry Cuma Fahrin nak mintak satu dengan daddy”

“Apa dia? Just say it”

“Fahrin nak beli rumah. Fahrin tak rasa nak tinggal dengan daddy. Please. “

Senyuman di bibir Datuk Ikmal mulai kendur. Ketara benar Datuk Ikmal begitu berat menyetujui keinginan Fahrin. Namun apakan daya, salahnya juga yang menyebabkan perkahwinan pertamanya gagal.

“If you say so. Buatlah apa yang Fahrin nak. Asalkan tak perlulah balik ke London. Okay?”

Fahrin mengangguk.

“Oh ya daddy hampir lupa. Syarikat ni masih ada lagi tiga tender projek yang perlu disemak dan kalau boleh perlu dijalankan dengan segera. Untuk kos boleh bincang dengan Raihana. Juru ukur bahan dan kalau dah confirm boleh terus ke Indonesia untuk tinjau kawasan projek.”

“Raihana? Yang mana ya?”

Datuk Ikmal ketawa besar. Dia sememangnya amat menyenangi gadis kecil molek itu. Gadis itu sememangnya bijak mengambil hatinya dan sudah Datuk Ikmal anggap seperti anak sendiri.

“Yang duduk belakang sekali. Pakai tudung warna merah dan baju kurung kedah. Tapi Watch out! Dia nampak aje ayu tapi ganas tau. Kalau kamu silap langkah, silap hari bulan gempa bumi syarikat ni”jawab Datuk Ikmal dengan tawanya yang tidak henti.

Fahrin hanya sekadar tersenyum. Menarik kedengarannya.

JARI jemari Han ligat di papan komputernya. Memang inilah gayanya bekerja. Sentiasa menumpukan perhatian semasa waktu kerja. Kadang-kadang hampir membuatkan dia leka sehingga terlupa waktu makan tengah hari. Fail-fail yang menimbun di mejanya semakin membuatkan dia risau dan resah. Khuatir tidak mampu menyiapkan kerja dalam dateline yang ditetapkan.

“Han.. Bos panggil kau masuk bilik dia.”

Terkejut Han apabila terlihat Deja yang tiba-tiba saja muncul di hadapannya.

“Bos baru tu ke? Dia nak apa?”soal Han kehairanan.

“Entah. Aku pun tak tahu. Eh, bos baru kita tu handsome kan? Cubalah kau tengok senyuman dia. Cair aku tau... Manis senyuman dia semanis kurma”puji Deja sambil matanya terbayang-bayang wajah kacak Fahrin.

“Handsome ke? Aku tengok biasa aje. Handsome la sikit dari ayam katik”kutuk Han selamba.

“Tak baik tau kau cakap dia macam tu. Dia dahlah handsome, kau tengok dari penampilan dia. Bergaya betul. Kereta dia pun hebat. Aku dah lama mengidam nak pakai kereta Alfa Romeo macam tu. “

Han berpaling ke arah Deja.

“Alfa Romeo?”

“Ha’ah! Alfa Romeo yang kaler putih tu. Memang smart gila! Aku dah terbayang-bayang dah drive kereta tu.”

“Bila masa kau tengok kereta bos kita tu?”

“Pagi tadi. Hihi, aku masuk kerja lambat sikit tadi jadi terserempak dengan bos kita tu. Aku tak tahu pulak mamat handsome tu yang jadi bos baru kita. Kalau dah handsome macam tu... sure aku datang kerja awal pagi!”

“Eh dah lah! Aku nak jumpa bos. Karang dia bising.”balas Han sambil melangkah laju memasuki bilik Fahrin. Dalam hati dia berdoa, janganlah kereta tu kereta yang akan mengingatkan dia dengan kejadian tu.

‘Tapi kalau betul macam mana? Jadi maknanya aku satu pejabat la dengan mamat rewang tu? Terbalik lah dunia aku.!’

Han berdiri agak lama di hadapan pintu bilik. Di baca segala macam doa lalu dihembuskan di pintu bilik bosnya.

‘Hai mambang segala mambang, mintak-mintaklah mood bos aku tu baik. Fuh ! Fuh ! Fuh!’

Ditiup tiga kali di sekeliling pintu lalu melangkah masuk.

Kelihatan seorang lelaki bertubuh sasa. Penampilannya kemas dan menarik, kulitnya putih dan rambutnya sengaja dibiarkan terpacak dan... Berkaca mata !

Han berdiri kaku di hadapan Fahrin.

‘Wanginya.. Mamat ni pakai perfume apa ya? Sengajalah tu nak pikat gadis pakai wangi-wangi macam ni’ bebel Han

Fahrin merenung Han tajam.

“Silakan duduk”

Han yang bagaikan di pukau segera melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Fahrin.

“You Raihana kan? Juru ukur bahan?”soal Fahrin sambil merenung wajah Han tajam.

‘Apasal mamat rewang ni pandang aku macam nak telan aku aja? Dia tak pernah tengok perempuan ke?’ bebel Han dalam hati.

“Yes. You can call me Han”balas Han tetapi masih tidak memandang ke arah Fahrin. Walaupun kelakuan itu agak biadap dalam masa kerja tetapi baginya Fahrin lebih biadap kerana merenungnya.

‘Han?’

Fahrin berteka-teki sendiri. Fikirannya semakin rungsing mengingatkan gadis misteri yang pernah memberinya nota

“Yes? Boleh saya tahu ada hal apa nak jumpa saya?”soal Han. Kali ini baru dia menerima kekuatan untuk memandang lelaki di hadapannya.

“Oh yes . Ini tender projek untuk pembinaan muzium di indonesia. I nak you tolong kirakan kos untuk bahan binaan dan kos pembinaan untuk banggunan ni dan kalau boleh tolong siapkan dalam bentuk hitam putih and print out for me”jawab Fahrin sambil menghulurkan satu fail berwarna hitam tetapi matanya masih tidak henti-henti merenung gadis itu.

“Okay, anything else?”

Fahrin menggeleng sambil tersenyum.

Han segera melangkah meninggalkan bilik Fahrin. Fahrin hanya sekadar menghantar melalui pandangan. Dalam hatinya sudah ligat menyusun strategi buat menambat hati gadis bernama Han. Sungguh sejak pertama kali dia mengenali Han daripada nama, hatinya sudah terpaut menyebabkan dia resah dan gelisah.

‘Please, give me chance to love you Han’

“ANNA! Tarik la layang-layang tu laju lagi! Tak terbang tinggi pun! Ala kau ni!Tahu makan aje lari tak kuat mana pun!”jerit Han bagaikan memberikan kata semangat buat anak latihnya.

Layang-layang yang kelihatan terumbang ambing akhirnya jatuh mencecah tanah. Han memandang sambil menggelengkan kepala.

“A...Aku...Pe..Penat la Han! Kau la tarik pulak.”jawab Anna sambil termengah-mengah kepenatan.

“Tu la kau. Aku suruh kau exercise, kau bagi alasan. Tengok! Umur muda lagi dah semput”kutuk Han.

“Kau ni bagi aku kata perangsang ke kutuk aku? Haiya!”rajuk Anna apabila menyedari rakannya bagaikan mengutuknya.

Mereka sering kali meluangkan masa bersama di taman layang-layang. Bagi Han kawasan itu cukup menenangkan. Angin yang bertiup entah dari arah mana sesuai dijadikan kawasan bermain layang-layang. Mungkin itu yang menarik orang ramai mengunjunginya.

“Hi!Boleh I join?”tegur Fahrin sambil tersengih-sengih.

Han yang sedang meneguk air daripada botol tersedak-sedak. Terasa perit tekaknya.

“You buat apa kat sini?”soal Han kehairanan.

“I memang selalu datang sini pun. Cari ketenangan”jawab Fahrin masih tidak lekang dengan senyumannya.

“Hey! You berdua dah kenal ke? Han! Tak nak kenalkan I dengan bos you ni ke?”soal Anna. Matanya masih merenung wajah tampan Fahrin sambil tersenyum-senyum.

“Meet my friend Anna Lim and Anna this is Fahrin. My bos”

“Handsome la bos you ni”bisik Anna Lim sambil matanya memandang Fahrin dengan senyuman.

Han menjenggilkan mata ke arah Anna menunjukkan rasa ketidak senangannya dengan pujian Anna. Anna hanya memandang Han sambil tersengih-sengih.

“Excuse me, I nak ke kereta kejap. Ada hal penting.”

Anna meminta kebenaran mereka berdua lantas meninggalkan mereka berdua-duan. Sempat lagi Anna mengenyitkan mata kepada Han.


‘Cis! Dia sengaja tinggalkan aku berdua-duaan dengan Fahrin rupanya. Siaplah kau!’

“You memang selalu datang ke sini?”soal Fahrin cuba berbasa-basi. Dia sebenarnya agak gerun dengan wajah dingin Han sejak tadi. Dia sedar, Han tidak menyenangi kehadirannya. Tetapi serasanya, bukan dengan dia saja Han bersikap dingin, malah dengan semua lelaki. Apa masalahnya?

Han hanya sekadar mengangguk. Cukuplah sebagai isyarat jawapan untuk soalan Fahrin.

Hati Fahrin terasa bagaikan ingin menjerit. Dia mulai jatuh cinta dengan gadis misteri yang kini berada di sebelahnya. Terasa alur darahnya bagaikan terhenti. Dia benar-benar ingin Han memahami perasaannya yang kian mendalam. Walaupun mereka baru kenal, tetapi Fahrin benar-benar ingin menyatakan perasaannya yang sebenar dan meyakinkan Han yang dia benar-benar mencintainya. Mungkin inilah masanya. Apa nak jadi! Jadilah! Fahrin sudah tidak peduli.

“I sebenarnya...”

“Fahrin, I rasa I nak balik la. I baru teringat ada hal penting yang i perlu buat. I mintak diri dulu”

Belum sempat Fahrin menghabiskan ayatnya, Han sudah melajukan langkah meninggalkan Fahrin sendirian.

‘I sebenarnya cintakan you’ucap Fahrin perlahan. Dia hanya berdiri kaku melihat Han semakin menjauh.

“IBU!!!”jerit Raihana sambil menggoncangkan tubuh ibunya yang terkulai kaku. Darah kelihatan mengalir daripada dahi ibunya. Serpihan kaca botol arak kini memenuhi ruang. Raihana hanya mampu mengalirkan air mata.

“Ayah memang jahat! Ayah sanggup pukul ibu! Ayah jahat! Jahat!”jerit Raihana sambil menumbuk-numbuk ayahnya geram. Dia benar-benar terasa dirinya malang kerana mempunyai ayah yang tidak berperikemanusiaan seperti ayahnya.

“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Kau nak jadi macam mak kau jugak ke? Aku bunuh kau! Aku bunuh kau nanti! Sekarang kau ikut aku!”jerkah Razni sambil menarik lengan anaknya kasar memasuki bilik.

“Ayah! Tak nak Ayah!”jerit Raihana sambil menangis teresak-esak.

Badan kecilnya di tolak kasar ke arah katil.

Dum! Pintu bilik ditutup rapat lantas dikunci. Lelaki yang bergelar ayah kini berada di hadapannya sambil memandang wajahnya penuh bengis. Tercalit senyuman puas di bibirnya. Di rentap pakaian Raihana kasar. Syaitan kini bersorak riang kerana kelemahan iman ayahnya.

“Ayah...jangan buat Nana macam ni. Nana anak ayah.”

Di saat itu Raihana hanya mampu meraih simpati ayahnya.

“Kau dengar cakap aku. Jangan paksa aku pukul kau!”jerkah Ayahnya tanpa belas simpati.

Dengan segala kekuatan yang ada Raihana mencapai pasu bunga kecil di meja kemudian menghentak kepala ayahnya sehingga kaca berderai. Namun kekuatannya tidaklah sekuat mana sehingga tidak mampu mengalahkan ayahnya.

“Kurang ajar!”

“Ayah!!!!”

Raihana sekali lagi terbangun daripada mimpi ngeri. Tangisannya terhambur lagi. Igauan hitam sering kali menggangu kehidupannya dan emosinya. Kelakuan ayahnya bagaikan merabak hatinya sehingga meninggalkan kolam derita. Dipeluk erat bantal sambil menangis teresak-esak. Lantas digenggam kasar penuh dendam di hati. Sesekali tercalit niat jahat untuk menikam-nikam tubuh ayahnya buat menghamburkan segala dendam yang ada di atas kematian ibunya namun segera dia beristighfar, dia sedar, dia bukan sekejam ayahnya.

MASA rehat sudah bermula, semua pekerja sudah melangkah keluar untuk memenuhkan perut yang sudah berkeroncong kecuali Han. Masih lagi termenung mengingatkan mimpi yang sering kali mengganggunya. Entah mengapa dan apa salahnya terhadap ayah sehingga sanggup melakukan perkara sekejam itu terhadapnya.

“Han...”kedengaran suara lembut memanggilnya.

Han berpaling.

“Tak rehat ke?”soal Fahrin. Di matanya kelihatan sinar kasih sayang. Sungguh Han berasa tenang melihat wajahnya. Hatinya yang sudah sekian ketandusan perhatian kini terpaut pada perhatian seorang lelaki bernama Fahrin. Seperti kebiasaan kehadiran Fahrin pasti akan bersama wangiannya.

Han sekadar menggeleng.

“Kenapa ni? Han sakit?”

Sekali lagi Han menggeleng.

“I tahu yang Han nampak gelisah. Tell me. Kalau I boleh bantu you, i bantu”

Han menggeleng lagi.

“Manjanya...”

Han menunduk. Terasa tiada kudratnya untuk berpaling ke arah lelaki yang kini berada di hadapannya.

Fahrin menghulurkan sekotak air soya dan sebungkus makanan. Pasti Fahrin sudah keluar dan membeli makanan bungkus untuknya.

“Kenapa you ke sini? You tak rehat?”soal Han cuba memberanikan diri.

Fahrin melabuhkan punggungnya di kerusi yang kosong.

“I ingat mulut you dah lari sampai tak nak cakap. I tak selera la nak makan sorang-sorang ni. Kalau you nak temankan I pun boleh juga.”jawab Fahrin. Matanya masih merenung Han tanpa jemu.

“Perfume you ni kuat sangat la. Lain kali kalau nak sembang dengan I jangan pakai perfume kuat macam ni ok? Busuk la!”ucap Han sambil menutup hidungnya.

Fahrin tergelak kecil mendengar setiap bait kata daripada bibir mongil milik Han.

“Busuk ke atau you takut tergoda dengan perfume I?”soal Fahrin tetapi masih dengan tawanya sambil mengenyitkan mata ke arah Han.

“Mengarut!”

Mengekek ketawa Fahrin melihat reaksi Han. Gadis ini memang comel tetapi dingin.

“Kalau you nak cakap you suka I pun tak apa. I tak kisah.. I tahu I ni tak lah handsome sangat tapi kacak tu adala..”sambung Fahrin lagi sambil mengenyitkan mata. Sempat lagi bibirnya tersengih-sengih menunjukkan barisan giginya yang tersusun kemas.

“Eeeii.. you ni perasan la! You jangan nak perah santan sangat. I sedar you tu memang kacak.. err.. kacak la sikit daripada ayam katik..”balas Han selamba.

“Kira ok la tu daripada tak handsome langsung kan? At least, I dapat kalahkan ayam tu. Tak adalah saham I nanti jatuh merudum”seloroh Fahrin selamba tetapi masih dengan tawanya.

Han mengukirkan senyuman. Pintar sungguh Fahrin membuatnya tersenyum.

“Jangan lupa makan ya? Kalau you tak makan nanti I yang akan makan you”ugut Fahrin tetapi masih dengan sikap prihatinnya.

“Try la!”ugut Han pula.

Fahrin bangun daripada kerusi lantas melangkah memasuki kamarnya dengan senyuman yang meleret. Sempat lagi Fahrin mengenyitkan mata kepada Han.

‘Mamat ni sakit mata agaknya’

Bibir Han mengukirkan senyuman tanpa dipaksa. Fahrin bijak mengambil hatinya.

Hatinya kian terpaut dengan tingkah laku Fahrin sejak akhir-akhir ini. Sering menenangkan hatinya di saat dia mulai tandus dan sepi. Han tidak sekeras dulu. Kewanitaannya mulai terserlah. Fahrin sudah berjaya mengubahnya.

‘Ahh.. adakah ini cinta?’

HUJAN turun dengan lebat petang itu. Han resah gelisah kerana hari ini dia menaiki bas ke tempat kerja. Romeonya mogok lagi. Di lihat titisan hujan yang turun tiada henti dan mungkin akan sampai ke malam.

‘Ah.. nak balik macam mana ni? Redah ke?’rungut Han.

Tiba-tiba terasa bahunya di sentuh. Fahrin!

“Hujan lebat betul la.. Orang lain semua dah balik. Tinggal you dengan I aja. You tak takut ke?”soal Fahrin sambil memandang Han tajam.

Gulp! Berdebar hati Han mendengar ugutan Fahrin. Benar, Fahrin mampu melakukan apa saja, dia juga lelaki!

“You jangan nak buat yang bukan-bukan dekat I... Fahrin..”

Fahrin maju ke depan dan semakin hampir mendekati Han. Matanya masih tidak lekang merenung Han. Han semakin takut dan risau.

Langkah kaki Han berundur setapak demi setapak. Manakala Fahrin semakin hampir. Han memejamkan mata.

Beberapa minit kemudian, Fahrin ketawa.

“Nah ambil ni. Hari ni I bawa motor, kalau nak tumpang, Jom!”ucap Fahrin sambil menghulurkan baju hujan.

Gila!

‘ Bos kaya macam ni pun naik vespa lagi? Alahai, hilang macho dia’kutuk Han dalam hati. Tangannya lantas menyambut huluran Fahrin.

Fahrin hanya menumpukan perhatian terhadap pemanduan. Baju hujan berwarna kuning yang dipakai oleh Han kini sudah basah melindungi tubuhnya.

DUSH!

Air hujan terpercik ke arah Han akibat kereta yang berada di sebelah kiri memecut laju. Langit kelihatan mendung dan angin dingin terasa menusuk hingga ke tulangnya walaupun di lindungi dengan baju hujan. Sesekali aroma perfume milik Fahrin menusuk hidungnya. Hatinya terkadang rasa terpaut dengan Fahrin. Fahrin seorang yang merendah diri. Perfect!

Ingin sekali dia memiliki hati Fahrin. Tetapi siapakah dia?

“Pegang I kuat-kuat ya? Angin kuat ni!”jerit Fahrin di tambah dengan angin dan bunyi deruman vespanya.

Han mengeratkan pegangan pinggang Fahrin. Di sebalik rasa resah, dia berasa tenang dan dilindungi. Fahrin terlalu prihatin terhadapnya.

Setelah perjalanan meredah hujan selama 30 minit, akhirnya mereka sampai di apartment milik Han.

“Terima kasih hantar I balik.”ucap Han sambil mengembalikan baju hujan yang dipakainya. Sebenarnya dia terharu dengan sikap Fahrin yang sanggup memberikan dia baju hujan dan Fahrin basah kuyup.

“Tak apa, I yang sebenarnya nak ucapkan terima kasih pada you sebab tumpang I dan..”

“Dan?”soal Han sambil memandang Fahrin penuh soal.

“Dan sebab peluk I erat.”sambung Fahrin sambil tersengih-sengih.

Han memandang Fahrin tajam.

“Itu sebab terpaksa tau!”

Fahrin hanya membalas dengan senyuman kemudian meminta diri.

Han memandang Fahrin dengan senyuman. Hatinya semakin terpaut dengan keprihatinan Fahrin. Mungkinkah kan bertemu bahagia?

PANG! Satu tamparan hinggap di pipinya. Terasa berpinar matanya akibat tamparan yang menyakitkan itu. Sungguh dia tidak menyangka, ayah yang sangat dia kasihi sanggup menamparnya dan mengasarinya. Sungguh dia berasa kecewa dengan sikap ayahnya. Ayahnya sanggup bertindak menamparnya dan membunuh ibunya hanya kerana wang. Logik kah semua ini?

“Aku cakap dengar la cakap aku! Jangan degil! Kau nak aku belasah kau ke?Hah?!”jerkah Razni tanpa perasaan belas kasihan. Di matanya kini tiada beza antara orang asing dan darah daging. Nafsu memainkan peranan dan telah mengawal seratus peratus hatinya dan dirinya.

“Sakit ayah...”suara mendayu Raihana kini memecah segenap ruang rumah. Di hatinya berharap agar kakak dan abangnya lekas pulang daripada terawih.

Rambut Raihana direntap kasar.

“Tahu pun sakit. Kalau sakit, ikut cakap aku!”

Pang! Sekali lagi telapak tangan milik Razni hinggap di pipinya.

Tubuhnya ditolak ke katil sekali lagi. Desahan nafas ayahnya kini terasa kuat ditelinganya.

TIDAK!

Han melemparkan botol pil tidur ke cermin! Prang! Kaca cermin kelihatan retak. Mungkin begitulah perasaan Han saat itu. Parut yang sedia ada di hati terasa dan semakin terasa. Hatinya masih menyimpan dendam di atas apa yang berlaku. Ayah... Nana takkan maafkan ayah.

LANGKAH kakinya laju memasuki pintu pejabat. Kalut kakinya melangkah menuju ke meja kerjanya. Buat pertama kalinya, inilah hari yang paling malang.

‘Ni semua jam ayam Anna punya fasal! Anna pun tak bagi tahu jam ayam dia tu dah expired! Tengok, aku dah jadi mangsa keadaan sekarang!’bebel Han dalam hati.

Sesampainya dia di meja, Han benar-benar terkejut apabila terlihat jambangan bunga ros merah bersama kad dimejanya. Di capai kad yang dihiasi gambar bunga ros kemudian dibukanya.

Knowing you is the best thing happened in my life but loving you is the best of all J

Your Love,

Fahrin

Han hanya sekadar membaca nota tersebut tanpa perasaan kemudian dia mencampak jambangan bunga ros itu ke dalam tong sampah berhampiran mejanya. Baginya lelaki semua sama. Pandai menuturkan kata-kata manis. Kalau boleh, dia tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan insan bernama lelaki.

‘Your love konon. Wekk! Nak muntah aku’

Jari jemari Han ligat di atas papan menaip. Kemudian dia mencapai pula fail di atas meja lantas membaca dengan penuh kusyuk. Entah mengapa, tumpuannya hilang selepas membaca nota daripada Fahrin. Fikirannya menerawang cuba memahami maksud sebenar Fahrin. Jujurkah lelaki itu berkata-kata?

‘Gila’ Han tersenyum sinis mengingati lelaki yang bergelar bos yang beru dikenali tidak sampai sebulan.

Tiba-tiba intercomnya berbunyi. Kedengaran suara Fahrin di talian menyuruhnya memasuki bilik.

‘Ish.. apa lagi yang mamat ni nak?’rungut Han dalam hati.

Kakinya kalut mengatur langkah memasuki kamar Fahrin. Fahrin yang sejak tadi menunggu Han tersenyum kemudian memberikan isyarat agar Han duduk di kerusi hadapan.

“Kenapa you lambat masuk kerja hari ni?”soal Fahrin dengan wajah yang serius. Marahkah dia?

Otak Han ligat memikirkan alasan.

“Err... I lambat sebab.. I lewat..”balas Han spontan tetapi masih dalam gagap.

Fahrin mengerutkan dahi. Pelik betul dengan jawapan unik Han.

“Kenapa you lewat?”soal Fahrin kembali.

“Err.. I lewat sebab I lambat...”jawab Han masih dengan hati yang berdebar.

Beberapa minit kemudian, Fahrin tersenyum memandang Han.

Zappp! Terasa panah cinta tepat mengena jantungnya.

‘Senyuman Fahrin sungguuhhhhhh manis! Kenapa baru hari ni aku perasan?’

“You ni datang lewat pun masih nak bergurau dengan I. Okay, I bagi you peluang tapi please jangan datang lewat lagi ok?”

Han sekadar mengangguk bisu.

“Malam ni you ikut I pergi satu tempat ya? Urgent!”soal Fahrin. Matanya masih merenung wajah Han. Gadis ini sememangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Wajahnya bersih tanpa sekelumit pun jerawat, bibirnya comel dan alis matanya cantik terbentuk. Memang dia menyedarinya sejak pertama kali bertemu muka dengan gadis comel tetapi dingin ini.

Terbeliak mata Han.

“Kenapa mesti I? I bukan PA you!Tak boleh!”soal Han yang agak terkejut dengan permintaan Fahrin.

“Kenapa pulak tak boleh?”

“You boleh ajak orang lain. I tak nak lah”

“Han, ini bukan permintaan! Ini satu arahan!”

Han menunduk. Tidak mampu berkata apa lagi. Apa yang boleh dibuat. Fahrin bos dan dia? Argh! Kedudukan mengatasi segala-galanya.

“Malam ni pukul 9. I jemput you dekat rumah. You dah tak ada apa-apa alasan lagi Han. I know everything about you”

Membulat mata Han merenung Fahrin.

‘Everything?’

“Now you can go and finish your work. I’m waiting for you Han”ucap Fahrin.

Han bangun lantas mengatur langkah keluar daripada kamar. ‘Apakah maksud sebenar di sebalik perkataan’tunggu’ Fahrin?’

FAHRIN sibuk menyemak fail yang menimbun di mejanya. Itulah kerjanya seharian, menyemak dan menolak fail yang tidak berkenaan. Tangannya sibuk menyelak helaian demi helaian namun akhirnya terganggu apabila telefonnya berbunyi nyaring.

“Hi Fahrin. Mummy you minta you datang ambil I sekarang jugak. Mummy you suruh you teman I pergi shopping.”

Kedengaran suara perempuan di talian.

“You tak boleh pergi sendiri ke? Pokai sangat ke mak bapak you sampai tak belikan you kereta?Hah?!”soal Fahrin kasar. Baginya perempuan ini sering kali mengganggu ketenteramannya. Sesekali kejantanannya kian tercabar dengan sikap gediknya.

Eva merupakan anak kepada rakan baik mummy tirinya. Dia memang pernah mendengar ura-ura mummy tirinya akan bermenantukan Eva memandangkan Eva sememangnya pandai mengambil hatinya dan mereka sememangnya rapat sejak dulu. Mummy tirinyalah yang sering kali menelefonnya meminta dia pulang ke Malaysia. Macamlah dia tak tahu niat sebenar mummynya.

“I tak kira! Mummy you suruh jemput I sekarang jugak. Kalau tak! Siaplah you nanti! I report dekat Datin Kalmas!”ugut Eva kemudian menamatkan panggilan.

Fahrin menghentakkan tangannya di atas meja. Sungguh dia rimas dengan gadis gedik pilihan mummynya. Walaupun Datin Kalmas merupakan ibu tirinya tetapi sudah dia anggap sebagai ibunya sendiri sejak kematian ibu kandungnya dua bulan yang lalu. Kerana itu jugalah dia pulang ke Malaysia mencari kasih seorang bapa.

Di capai kunci lantas melajukan langkahnya keluar daripada kamar. Di matanya dapat membayangkan Eva, gadis kecil molek yang bijak berfesyen. Rambutnya yang diwarnakan merah serta pakaian yang kelihatan menjolok mata kini menabiri matanya. Jelik sungguh perangainya yang manja mengalahkan anak kecil.

“How’s my dear?”soal Datin Kalmas sambil memandang Eva tajam.

“Aunty.. Eva tahu Fahrin akan datang. He’s never say no if you say so”balas Eva sambil tersenyum.

“Tahu pun. Aunty dah kenal sangat perangai Fahrin tu. Dia akan dengar cakap aunty punya”ucap Datin Kalmas sambil memegang tangan Eva. Di fikirannya sudah mengatur rancangan.

“Tapi aunty Fahrin tu macam tak suka dekat Eva aja. Dia dah ada orang lain tak?”duga Eva.

“Ish, tak adalah. Fahrin tu mana pernah ada girlfriend. Hati dia tu keras sikit. Perempuan pun bukan dia layan sangat”jawab Datin Kalmas dengan pasti.

“Aunty.... Eva rasa tak sedap hatilah. Cepat-cepat lah kahwinkan Eva dengan Fahrin!”rengek Eva manja sambil menggengam tangan Datin Kalmas lembut.

“Ya.. nanti Aunty bincang dengan Fahrin ya. Promise bulan depan aunty kahwinkan Eva dengan Fahrin okay?”

“Really? Thank you Aunty! I know you love me alot!”ucap Eva sambil memeluk Datin Kalmas erat. Datin Kalmas membalas pelukan sambil tersenyum.

Ligat otaknya mengatur strategi buat menumpaskan pendirian Fahrin.

FAHRIN sejak tadi memandang jam di tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan jam 8.55 minit malam. Matanya memandang Eva yang sejak tadi memilih pakaian. Beg membeli belah sudah banyak dipegangnya sehingga sudah tak termampu lagi.

“You ni nak shopping satu shopping complex ni ke? Cepatlah pilih. I ada urusan ni!”soal Fahrin sambil meletakkan beg shopping di lantai.

“Urusan you lebih penting ke I? I report dengan mummy you baru you tahu! Fahrin... you rasa baju mana yang sesuai dengan i? Ni cantik tak? Ke yang warna unggu ni?” soal Eva dengan suara merengeknya sambil menunjukkan pakaian tidur yang seksi berwarna unggu dan merah.

Kedengaran jelik di pendengaran Fahrin. Soalan Eva tidak dijawab. Dia diam membisu. Di pandang sekilas jam di tangan .

‘tiga minit lagi jam 9malam.’

“Fahrin! I’m asking you sayang!”rengek Eva tanpa henti.

“Cepatlah beli!”desak Fahrin.

“Takpalah. I rasa I nak buat rambut. Cuba you tengok rambut i ni.. dah tak cantik”balas Eva sambil memegang rambutnya dengan gaya yang gedik.

Lengan Fahrin ditarik menuju ke salon rambut. Seboleh mungkin Eva cuba melambatkan Fahrin. Sekian lama Fahrin cuba menjauhkan diri daripadanya, kini Fahrin takkan dia lepaskan.

‘Fahrin... You ingat you boleh lari daripada I? Tidak kali ini!’desis Eva sambil tersenyum puas.

FAHRIN memandang jam di tangannya kembali. Sudah tiga puluh minit dia menunggu di luar pintu salon. Hatinya mulai gelisah. Pasti tanggapan Han terhadapnya ialah lelaki yang tak tepati janji. Dia tak mampu bertahan lagi, langkahnya dilajukan memasuki salon dan menarik lengan Eva kasar.

“Jom! I hantar you balik”

“Tapi rambut I tak basuh lagi ni sayang!”rengek Eva.

“Cuci dekat rumah. Jangan nak mengada!”tegas Fahrin sambil menarik lengan Eva.

Sepanjang perjalanan Eva membebel tanpa henti. Rambutnya yang masih dipenuhi sabun di sentuh dengan wajah yang masam mencuka.

“You ni boleh diam tak? I tengah drive ni!”jerkah Fahrin dengan suara yang meninggi. Dia sudah tidak mampu menahan kesabarannya lagi dengan sikap jelik Eva.

“You tu yang kejam! Tengok rambut I ni! Yang you terkejar-kejar nak balik ni kenapa?Ada betina lain ke yang nak jumpa you?”soal Eva dengan mulut yang kepoh.

Fahrin yang tidak mampu bersabar lagi segera menghentikkan keretanya di tepi jalan.

“Keluar. You ambil duit ni, pergi cari mana-mana teksi. Balik sendiri”ucap Fahrin sambil memberikan beberapa keping not RM 100 kepada Eva lantas menolak clutch dan menekan pedal minyak. Dilajukan keretanya meninggalkan Eva sendirian.

“Fahrin! Fahrin!”jerit Eva dengan hati yang sebal. Di fikirannya sudah menyusun ayat agar Fahrin dimarahi pulang nanti. Biar tahu rasa!

HAN memandang ke arah jam. Sudah menunjukkan jam 9.55 minit malam.

‘Mana Fahrin ni? Kata ada hal penting tapi sampai sekarang tak datang-datang lagi. Tak jadi ke?’ bisik hati Han sendirian. Han menanti dalam resah. Anna yang kusyuk menonton drama mandarin hilang tumpuan apabila terlihat Han mundar-mandir sejak tadi.

“Risau kan buah hati ke?Aku tengok gaya kau ni dah macam beruk nak beranak aje”soal Anna Lim sambil tersengih.

“Banyak la kau punya beruk nak beranak. Tu peribahasa zaman kuno mana kau ambik? Ni ha! Mamat rewang tu tak datang-datang lagi. Janji pukul 9. Sekarang batang hidung dia tak nampak-nampak lagi”

“Han.. Kau sebenarnnya sukakan dia ke? Dia tu handsomekan? Dah la baik. Kacak! Baik!”puji Anna sambil menekankan perkataan ‘kacak’ dan ‘baik’ agar Han memahaminya.

“Sukalah jugak. Dia tu pandai ambik hati aku. Tadi dia bagi ros. Cantik. Romantik”puji Han tanpa sedar. Di matanya kelihatan senyuman manis Fahrin.

“Dah terbuka ke pintu hati kau nak terima seseorang?Aku rasa dunia nak kiamat kot”soal Anna. Baginya drama mandarin sudah tidak menarik minatnya. Rahsia Han lebih penting.

“Kenapa pulak?”soal Han polos.

“Yela .. ada orang tu dulu cakap, kalau betul dia bercinta , kiamat dunia”balas Anna selamba sambil menghirup jus di gelas.

Dub!

Bantal kecil di sofa melayang ke arah Anna.

“Woi! Aku tengah minum ni!”

“Padan muka kau! Kerja mengungkit aje.”

Anna tersengih-sengih memandang Han.

“Entahlah Anna. Aku pun tak faham dengan hati aku ni. Yang penting aku selesa dengan dia. Aku rasa selamat. Tapi....”

“Tapi?”

Ting Tong! Kedengaran bunyi loceng pintu menyedarkan Han.

“Aaa....Tapi kenapa kau tak keluar dengan Ryan hari ni?”soal Han sambil tersengih-sengih cuba mengubah topik.

“Haiya lu ni! “rengek Anna.

Han sekadar tersengih lantas melangkah ke arah pintu.

“Roses for you and chocolate!”

Muncul Fahrin bersama jambangan ros dan coklat sambil tersengih-sengih. Mujur dia sempat menuju ke kedai bunga dan coklat. Kedai itu sememangnya sudah ‘ontheway’ nak ditutup tetapi dengan wang, semuanya mampu dilakukan. Inilah dunia sekarang. Dunia Duit!

“Janji pukul 9 tapi sekarang dah nak pukul 10. Client you tak marah ke?”soal Han sambil merenung tajam ke arah Fahrin.

Fahrin sekadar tersengih.

“Jom la kita pergi.”

Han hanya mengikut langkah Fahrin bisu. Tiada mood untuk dia berbicara dengan Fahrin.

RESAH Han mengingatkan destinasi mereka. Sesekali terasa dirinya bodoh kerana mudah percaya dengan Fahrin. Lelaki mampu berbuat apa sahaja dengan perempuan yang lemah sepertinya. Mungkin Fahrin akan membawanya ke hotel dan melakukan perkara yang tidak-tidak atau membawanya ke tempat yang sunyi kerana Fahrin langsung tidak memberitahu hala tuju mereka.

‘Argh! Han! Baru sekarang kau sedar niat Fahrin tu? Sekarang kau boleh buat apa kalau betul dia ada niat tak baik? Taekwondo kau ke? Tidak! Kau dah lama tak berlawan dengan orang. Belum tentu kau sekebal dulu’ desis Han dalam hati cuba berlawan dengan emosi. Resah! Itulah perasaannya sekarang.

“You nak bawa I ke mana ni?”soal Han sambil memandang ke arah Fahrin yang kelihatan sedang menumpukan perhatian pada pemanduannya.

Fahrin hanya memandang Han sambil mengenyitkan mata. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna.

Han memandang ke jalan dengan wajah yang masam mencuka. Sesekali bila diimbas kembali hairan juga hatinya. Serasanya agak tidak masuk akal apabila seorang bos membawa bunga dan coklat sedangkan mereka sudah kelewatan untuk bertemu client.

‘Buang tebiat betul bos aku ni!’

Kedengaran lagu nyanyian Irwansyah- Tentang Perasaanku di corong radio. Hati Han mulai berdebar-debar. Adakah itu salah satu cara Fahrin memberitahu isi hatinya?

‘Ah.. Han, kau jangan mengarut lagi’

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang,

Ingin ku berikan semua hanya untukmu..

Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu,

Ku ingin kau tahu tentang perasaanku..

Ku ingin kau tahu besar cinta padamu..

Ingin ku berikan sisa waktuku dan sisa umurku..

Sampai mati..

Kedengaran korus lagu kini bermain-main di telinga Han sehingga membuatkan dia resah! Degupan jantung Han mulai berdegup pantas. Lantas, Han cuba mengawal emosinya dengan membuat wajah selamba. Fahrin yang sejak tadi menumpukan perhatiannya di pemanduan mulai mengerling ke arah Han.

‘Comel!’ itulah perkataan yang terbit di hati Fahrin yang menyedari reaksi Han. Hatinya semakin memekar. Dia nekad! Inilah masanya untuk dia berbicara dengan Han dari hati ke hati.

Setelah hampir 30 minit pemanduan, akhirnya kereta milik Fahrin berhenti di sebuah pantai. Fahrin yang membisu sejak tadi keluar daripada kereta kemudian menyandarkan badannya di badan pintu kereta. Han juga keluar daripada kereta lantas mendekati Fahrin.

“Cantikkan pemandangan malam ni?”soal Fahrin sambil tersenyum memandang Han.

Han kaku membisu. Dia sebenarnya berasa gementar berdua-duaan bersama Fahrin.

“Fahrin.. kita buat apa kat sini? You cakap nak jumpa client. Kenapa dekat pantai pulak ni? Ada meeting dengan jin dekat laut ni ke?”soal Han selamba.

“Saya sebenarnya nak berkongsi ketenangan ni bersama awak. Entah kenapa saya rasa hati awak gelisah. Saya faham tentang perasaan awak.”ucap Fahrin lembut. Nadanya sungguh lembut. Kedengaran penuh prihatin. Panggilan pun sudah bertukar dari You ke Awak.

Han masih membisu.

“Kenapa hati awak keras macam batu?”

Tersentak Han mendengar soalan cepu emas Fahrin.

“Maksud awak?”

“Yela.. saya tahu awak memang tak sukakan lelaki. Tapi kenapa?”

“Itu tiada kaitan dengan awak. Saya nak balik!”tegas Han. Dia sebenarnya ingin lari daripada soalan itu. Dia juga manusia, masih mempunyai fitrah manusia seperti yang lain. Ingin mempunyai teman istimewa dan seterusnya mencintai dan dicintai. Tapi dia sedar, dia tidak layak.

“Han..”panggil Fahrin lembut.

Terasa satu perasaan aneh menyelinap ke seluruh tubuh Han. Dia benar-benar menyenangi layanan Fahrin terhadapnya.

“Saya cintakan awak..”

Berdebar-debar hati Han tika Fahrin mengucapkan tiga perkataan keramat itu tetapi dalam waktu yang sama dia berasa bahagia. Dia juga sebenarnya mencintai Fahrin tanpa sedar.

“Saya semakin jatuh cinta dengan awak. Saya pun tak sedar sejak bila dan kenapa tetapi apa yang saya sedar ialah...”

Fahrin bangun lantas mendekati Han. Tangan Han di genggam erat.

“Saya sentiasa mencintai awak.. Mengingati dan menyayangi awak. Awak buat saya dilamun rindu.. awak buat saya gila... Han..”

Han masih terdiam. Entah mengapa dia senang mendengar ayat jujur Fahrin.

“Raihana... izinkan saya menyelami hati awak... berilah saya peluang untuk membuktikan kasih dan cinta saya. I’ll promise will do anything for you... I.... I really love you Raihana.”

Terasa debaran di hatinya kian kuat apabila Fahrin menyeru namanya. Tiba-tiba hati kecilnya berbisik.

Tidak! Aku tak layak untuk dia!

Han melepaskan genggaman tangan Fahrin kasar lantas menjauhkan jarak di antara mereka. Sejarak perhubungan dan... taraf.

“lupakan Fahrin”

Fahrin yang mengganggap akan menerima reaksi yang sama sepertinya berpaling.

“Maksud awak?”soal Fahrin sambil memandang Han tajam.

‘Aahh.. sungguh aku bencikan pandangannya.’

“Kita tak boleh bercinta.. saya tak.....”

Fahrin masih memandangnya penuh berharap agar Han tidak menghabiskan ayatnya.

Han menarik nafasnya dalam-dalam. Sukar benar untuk dia menyebut perkataan yang jauh tersasar dari hatinya.

“Saya tak cintakan awak!”

Terasa seluruh urat sendinya ingin luruh. Sungguh inilah pertama kali hatinya disentuh dan dikecewakan oleh seorang gadis yang sangat dia cintai.

‘Sampai hati awak Han!’

Fahrin menunduk lemah. Di raup wajahnya kemudian memandang ke arah bintang di langit. Desiran ombak kini memecahkan kesunyian malam dan keadaan yang kian genting.

“Hantar saya balik”pinta Han. Di cuba menahan air mata yang sedang mengalir. Sungguh hatinya sebenarnya sudah jatuh suka dengan layanan Fahrin terhadapnya. Tetapi apakan daya, dia tidak layak.

Fahrin menarik nafasnya sedalam mungkin kemudian dihembus sambil berdoa agar Allah menenangkan hatinya sekarang .

“Hantar saya balik!”tegas Han.

Fahrin masuk ke dalam kereta tanpa banyak bicara.

Mereka berdua hanya membisu sepanjang perjalanan. Han sedar, dia sudah melukakan hati Fahrin.

Biarkan! Dia sanggup Fahrin membencinya. Rasanya itu yang terbaik.

SELEPAS menghantar Han pulang ke rumah, dia terus menuju ke destinasi terakhirnya. Hancur hatinya mengingati ayat terakhir daripada bibir gadis yang dipujanya.

“Saya tak cintakan awak!”

Kedengaran masih terngiang-ngiang di pendengarannya. Apa kurangnya dia? Salah apakah dia? Rungsing Fahrin dengan masalah cintanya. Tidak bagus kah dia di mata Han?

Keretanya kini berhenti di perkarangan rumahnya. Hati yang kian pedih kini terpaksa berhadapan dengan Mummy dan Eva.

Seusai dia melangkah memasuki rumah. Suara lantang mummynya sudah kedengaran membingitkan suasana.

“Fahrin! You ni nak jadi apa ni? Sanggup you tinggalkan Eva tepi jalan malam-malam macam tu? Kalau jadi apa-apa dengan dia siapa nak jawab?”soal Datin Kalmas dengan wajah yang marah. Eva hanya memandang dengan hati yang puas. Kini kemenangan berpihak kepadanya.

Fahrin meneruskan langkahnya menaiki anak tangga. Tiada moodnya untuk bertegang urat dengan mummynya yang memang sudah sedia akan berpihak kepada Eva.

“Fahrin!Mummy cakap dengan Fahrin ni! Perempuan mana yang dah buat anak mummy jadi anak derhaka ni?”

Dum! Pintu ditutup kasar. Fikirannya masih melayang terhadap apa yang berlaku tadi.

‘Han.. biarkan aku mencintaimu..’

HAN masih memandang ke arah seorang wanita yang anggun dan bijak bergaya di hadapannya. Sebenarnya dia juga tidak mengenali wanita yang tiba-tiba duduk di hadapannya namun wanita itu seperti mengenalinya.

“Jauhkan diri you daripada Fahrin!”tegas Eva dengan lagaknya.

Han merenung ke arah wanita itu cuba menafsir makna sebenar amarannya.

“Maksud you?”

“Jangan mimpi nak bercinta dengan Fahrin. Dia tu bakal suami I. Bulan depan kami akan bertunang dan seterusnya menikah. I Eva. Bakal isteri dia.”

Zappp! Sebak menyelubungi diri Han. Terasa diri begitu kerdil.

“I tak faham maksud you. Dia tak pernah cakap apa-apa pun”

“Tapi sekarang I dah cakap kan? So please go away from his life! He’s Mine!”

Han tersenyum cuba menyembunyikan perasaannya saat itu. Sakit! Pedih apabila lelaki yang dicintai kini menjadi rebutan.

“Dia memang milik you. I tak berhak untuk mengawal hati dia Eva”

“Tapi dia gilakan you!”

“Jadi buatlah dia gilakan you pulak.”jawab Han sinis bersama senyuman sarkastik.

“You dengar sini perempuan! Kalau I nampak lagi you jumpa Fahrin, I akan hancurkan hidup you dan akan buat hidup you tambah susah.”ugut Eva sambil menunding jari ke arah Han.

“You jangan risau. Dia milik you. Go and get your love back.”ucap Han sambil bangun dan melangkah pergi.

“Satu lagi, be nice kalau nak orang cintakan you. Bukan paksa cinta itu hadir”ucap Han lalu melangkah pergi.

Eva sekadar memandang Han dengan hati penuh dendam.

‘Tak guna punya perempuan’

“Fahrin memang dah diciptakan untuk I. Bukan untuk you. Tolong sedar perempuan kampung!”balas Eva penuh sinis. Di pandang kukunya yang cantik dengan lagak yang sombong lantas menjeling ke arah Han.

Han berlari memasuki kereta. Di hentak-hentak stering kereta berkali-kali. Sakit dan pilu hatinya saat itu. Kini dia sedar, dia dan Fahrin jauh berbeza. Tak sesuai. Dia hanyalah wanita yang kerdil dan Fahrin? Mungkin inilah masanya untuk dia pergi jauh dari hidup Fahrin. Kata orang, cinta itu memerlukan pengorbanan kan? Biarlah dia berkorban demi kebahagiaan Fahrin.

KERETA Han dilajukan memasuki lebuh raya Kesas, inilah keputusan yang jitu buatnya. Surat pemohonan berhenti kerja telah diletakkan di atas meja Fahrin dengan harapan agar Fahrin memahami gelojak perasaanya sekarang. Dia sememangnya tidak layak buat Fahrin! Mujur waktu itu Fahrin keluar kerana mempunyai urusan , Han sudah tidak sanggup bertemu dengan Fahrin .Pedal minyak ditekan menyebabkan kenderaan bergerak lebih laju daripada biasa. Dia sedar, ketidak stabilan emosinya tidak membenarkan dia memandu tetapi apakan daya, dia perlu menghilangkan diri sebelum Fahrin berjaya menjejakinya.

Setelah hampir dua jam 30 minit dia memandu akhirnya berjaya sampai ke destinasi. Rumah yang menyimpan banyak kenangan pahit. Masih seperti dulu tetap kekal usang. Lailana menyambutnya dengan senyuman. Kakaknya kini sudah berumah tangga. Perkahwinan mereka sudah mencecah 8 tahun dan memiliki dua cahaya mata. Abangnya pula kini sudah berjaya menjawat jawatan yang di inginkan dan juga sudah memiliki isteri. Hanya Han yang masih kesepian. Inilah angkara peristiwa tragis itu.

‘Tak guna punya ayah’ hatinya masih membara menyimpan dendam kesumat.

“Nana... kenapa tiba-tiba pulang ke kampung ni? Ada apa-apa ke? Ke nak bawa berita gembira untuk akak ni?”soal Rina dengan senyuman. Kakaknya kelihatan ceria menyambut kepulangannya. Han menyalami kakaknya lantas melangkah memasuki rumah. Rumah masih tersusun seperti dulu Cuma sudah ada barang baru yang telah memenuhi ruang tamu rumah agar kelihatan lebih cantik.

“Ish kakak ni. Macam tak bagi Nana balik aje.”rajuk Han seperti menjauh hati.

“Alah.. akak Cuma tanya aja. Mana tahu Han nak cakap yang Han nak bawa orang baru ke sini ke....”duga Rina..

Han menyiku pinggang kakaknya dengan senyuman.

“Pandai-pandai aja main serkap jarang.”

“Yelah! Manalah tahu.. cuti berapa lama? Bila nak balik KL?”soal Rina sambil mendulang gelas.

“Nana ingat nak tinggal sini lama jugak kot. Nak bercuti..Amboi akak ni, Nana baru balik akak dah tanya bila Nana nak balik Kl. Ni yang nak merajuk ni! ”jawab Han. Punggungnya dilabuhkan di kerusi antik. Matanya masih tertancap pada foto lama milik arwah ibu.

“Hish.. ada ke bos bagi cuti lama ni?Akak bukannya apa, akak faham orang kerja KL ni. Sibuk memanjang. Malam jadi siang, siang jadi siang.”

“Adalah akak.. cuti tahunan...Siang jadi siang? Takpe kak, biar subuh saya jadikan malam ”seloroh Han sambil tersengih-sengih.

“Bergurau pulak budak ni. Betul ke cuti lama macam ni?”

Rina masih merenungnya tajam seolah tidak mempercayainya. Han mulai gugup. Inilah pertama kali dia membohongi kakaknya.

“Putra dengan Erwan mana kak? Rindu nak tengok diorang”soal Han cuba mengalih topik perbualan.

“Ada ikut ayah dia ke kebun. Mandi la dulu lepas tu makan sama ya? Dah nak maghrib ni kejap lagi diorang balik la tu”jawab Rina lantas melangkah ke dapur. Han faham keadaan kakaknya. Dia tidak sepatutnya mengganggu rutin harian dan tanggungjawab kakaknya untuk keluarga.

FAHRIN bagaikan tidak keruan. Apatah lagi apabila menerima surat berhenti kerja daripada Han pagi tadi. Kali ini apa motif Han menjauhkan diri daripadanya? Tidak adil Han memperlakukannya sebegitu. Dia nekad untuk menyoal rakan baiknya Anna. Pasti Anna tahu tentang semua ini. Permainan ini mesti ditamatkan dan dia harus menang!

PANDANGAN dilemparkan ke arah jendela. Cahaya bulan tidaklah begitu menyerlah malam itu akibat diliputi awal tebal. Perasaan rindunya semakin menggebu mengenangkan Fahrin. Pasti Fahrin mencarinya sekarang atau, Fahrin sudah berkecil hati dan benci kepadanya? Tak mampu dia menahan alur sebak di dada. Kenyataan itu masih sukar untuk diterima dek hati yang benar-benar jatuh hati di atas ketulusan Fahrin. ‘Ya Allah.. bantulah aku menghadapinya.’

Dalam fikirannya dilamun rasa resah, matanya tertancap pada sebuah kereta yang meluncur laju di pekarangan rumah. Alfa Romeo putih kini menapak di laman rumah.

‘Fahrin?’

Kring.. telefonnya tiba-tiba berbunyi minta diangkat.

“Han.. you okay?”soal Anna yang risau dengan rakan baiknya.

“Aku okay. Sorry sebab aku balik kampung tak bagi tahu kau.”

“It’s okay. Aku memang dah agak pun kau kat sana. Han.. sorry ya sebab aku bagi alamat kau dekat Fahrin. Aku tengok dia ikhlas sangat. Aku harap dia dapat pujuk kau. I really miss my old Han.”

“It’s okay. Nak buat macam mana. Kalau marah pun dia dah ada depan pintu rumah aku.”

“Really? Express betul! Okay, aku ada date dengan Ryan. Cepat balik ya?”

“Okay.”

Han lantas mematikan panggilan . Dengan langkah yang berat dia menuju ke pintu.

“Han.. I really miss you”ucap Fahrin sambil memandang Han dengan mata yang kuyu. Inilah sikap Fahrin yang mulai dia sedari. Seorang yang penyayang.

“You buat apa ke sini? Baliklah Fahrin”ujar Han tanpa memandang ke arah Fahrin.

“Nana... kawan kamu ke ni?”soal Rina yang kini berada di belakang Han.

“Assalamualaikum Kak.Saya Fahrin”ucap Fahrin dengan senyuman.

“Waalaikumussalam... La.. Nana kenapa tak ajak kawan kamu masuk?”

“Boleh....”

“Eh kak.. Tak pe.. Dia datang singgah je. Kejap lagi dia balik”sambung Han sambil tersenyum.

“Eh tapi...”

Han menepuk perut Fahrin agar dia diam.

“Hmm.. apa-apa ajelah. Akak masuk dulu ya Fahrin. Anak-anak akak nak kena tidur. Esok nak sekolah”jawab Rina sambil tersenyum melangkah memasuki rumah.

“Tak baik awak ajar saya tolak pelawaan kakak awak tau!”ucap Fahrin sambil membuat mimik muka.

“Nana.. siapa tu?”soal Ezad, abangnya yang entah sejak bila berdiri di belakangnya.

“Errr... kawan”

“Assalamualaikum.. saya Fahrin kawan Raihana.”

“Oooo.. kawan Nana ya? Nana tak pernah beritahu pun dia ada kawan lelaki. Fahrin datang daripada mana ni?Nampak macam ada hal penting aja.”jawab Ezad sambil memandang Han tajam. Han sekadar terdiam membisu. Lidahnya kelu.

“Raihana memang selalu rahsiakan tentang kawan-kawan dia. Saya datang dari KL sebab nak pujuk dia kerja balik.”jawab Fahrin jujur.

“Pujuk kerja balik? Nana berhenti kerja ke?”soal Ezad sambil memandang Han yang berdiri kaku.

Berdebar-debar hati Han apabila rahsianya kini terbocor.

“Dia hantar surat berhenti kerja. Sebab tu saya ke sini nak pujuk dia. Dia seorang pekerja yang bagus. Sayang kalau dia berhenti mengejut macam ni.”

“Raihana.. explain to me later”ucap Ezad bernada tegas.

Han menelan air liur. Memang sudah sedia maklum abang iparnya ini sememangnya seorang yang agak tegas.

‘Aduh Fahrin.. kenapa datang ke sini?’

“Dah malam ni. Fahrin nak tidur dekat mana? Kalau sudi jemputlah bermalam di sini. Minta maaf la kalau tak selesa, al maklumlah rumah kampung”balas Ezad tetapi kini dengan nada yang kedengaran normal kembali. Han menarik nafas lega. Tetapi? Ah tidak! Fahrin harus balik! Dia tidak boleh bermalam di sini. Hatinya semakin rindu dan sukar untuk melupakan Fahrin andai dia masih di sini.

“Boleh juga. Lagipun susah juga nak cari hotel yang terdekat di sini.”

Han sekadar menjadi pemerhati. Di dalam hati dia berdoa agar Fahrin lekas pergi.

‘Fahrin.. sungguh saya tersangat rindukan awak tapi tolong faham.. kita tak boleh bersama’

HAN melihat Fahrin dan Ezad berborak di ruang depan. Hatinya tidak keruan memikir nasib hidupnya. Yang pasti sebentar lagi dia akan kehilangan Fahrin buat selama-lamanya. Bagaimana untuk dia meneruskan kehidupan tanpa cinta Fahrin? Bagaimana untuk dia terus kuat tanpa perhatian Fahrin? Tidak pernah seorang lelaki berjaya mengetuk pintu hatinya dan menumpaskan sifat dendamnya terhadap insan bernama lelaki. Sungguh hebat Fahrin bermain dengan hatinya.

“Han.. we need to talk! Jom.. “

Tiba-tiba Fahrin muncul di belakangnya.

Langkah Fahrin laju melangkah ke halaman rumah.

Han membontoti Fahrin berjalan di sekitar laman sambil menyedut angin malam. Angin pada malam itu terasa agak dingin. Sedingin hatinya.

“Kenapa nak berhenti kerja? Dan kenapa Han menjauhkan diri dari saya?”soal Fahrin. Matanya tidak lekang dari merenung Han sambil berpeluk tubuh. Pandangannya membuatkan Han serba salah.

“Saya tak jauhkan diri dari awak”jawab Han gugup.

“Habistu? Lari sampai ke sini kenapa?”

“Saya tak lari...”

“Han... awak buat saya resah. Please, jangan seksa hati saya. Saya cintakan awak Han.”ucap Fahrin dengan suara yang perlahan. Bagaikan kecewa.

‘Ah.. benarkah aku menyiksanya seolah-olah mendapat mandat dari Tuhan? Benarkah? Fahamilah aku Fahrin.’getus hati Han.

“Saya dah cakap, saya tak boleh terima awak.”

“Tapi kenapa?”

“Saya tak cintakan awak”

“Tipu! Awak tipu. Walaupun bibir awak menidakkan, saya dapat merasainya. Yang awak cintakan saya!”

Han berpaling. Benar. Itulah kebenaran perasaannya.

“Saya tahu awak mencintai saya di lubuk hati awak paling dalam. Jangan nafikannya”

Han nekad untuk memberitahu hal sebenar. Dia letih daripada menyiksa hatinya sendiri. Mendengar setiap bait kata daripada bibir Fahrin semakin menyesakkan hatinya.

Nafas ditarik sedalam yang mungkin. Fikirannya kalut menyusun ayat agar Fahrin akan memahami dan seterusnya pergi jauh daripada hidupnya. Tetapi.. itukah yang dia inginkan?

“Ya.. Saya memang cintakan awak.. tapi saya tiada apa lagi untuk membuktikan pada awak yang saya ni gadis! Saya diperkosa oleh ayah kandung saya dan saya tak layak bukan saja untuk awak tetapi untuk sesiapa pun Fahrin! Sekarang awak pergi dari sini dan jangan ganggu saya!”tegas Han tetapi dalam nada yang sebak. Mungkin inilah noktah sebuah perhubungan. Pasti Fahrin akan memandang jijik terhadapnya dan menyesal kerana mencintainya.

‘Ya Allah.. sungguh berat ujian yang kau beri.’

Fahrin terdiam. Dia memandang ke arah langit lantas melangkah menuju ke keretanya. Beberapa minit saja, kereta Fahrin sudah pergi meninggalkan perkarangan. Han rebah. Inilah hakikat orang sepertinya. Tidak layak untuk memiliki sebuah kebahagiaan. Mungkin Fahrin membencinya. Kini hatinya semakin kecewa. Langkahnya dilajukan menuju ke kereta. Di tekan pedal minyak menuju ke tempat yang lain. Entah ke mana. Terasa baru kini hidupnya tanpa tujuan. Han sedar, bahagia bukan miliknya.

Keretanya kini laju meluncur di atas jalan tanpa tujuan. Han menangis teresak-esak mengharap agar segera terbangun andai ini mimpi. Sungguh dia tidak sanggup kehilangan Fahrin! Tidak! Han menangis semahu mungkin. Terkadang dia terasa ingin menyalahkan takdir. Kenapa mesti dia yang menerima nasib semalang ini? Fahrin tidak mungkin sanggup menerimanya dengan keadaannya yang sebegini. Mungkin sudah tercatat yang dia akan kehilangan cinta hatinya. Tiba-tiba matanya terasa berpinar, pemanduan kini tiada arah lagi bagaikan roda tersasar dari garisannya.

DUM!

Berputar-putar keretanya tidak tentu arah sehingga melanggar pembahagi jalan. Han yang lemah tidak mampu berbuat apa. Darah kelihatan mengalir dari kepalanya yang cedera akibat hentakkan kuat di stering kereta. Namun kesakitan di hati lebih pedih. Kecewa mengawal segala-galanya. Saat ini Han hanya terdengar suara Fahrin dan wajah Fahrin..

‘Maafkan Han, Fahrin’

MATANYA kini cuba dibuka. Pandangannya kelihatan kabur. Di pejam matanya rapat-rapat cuba mengingati kembali apa yang terjadi terhadapnya. Hatinya disayat pilu apabila terpandang wajah Fahrin.

‘Fahrin?’

“Sayang... Sayang dah sedar? Syukurlah..tak patut sayang pandu kereta laju macam tu”ucap Fahrin dengan nada yang lembut.

Han bangun dengan lemah sambil memegang kepalanya yang berbalut.

“Sayang masih lemah. Rehat ya?”

Han merenung wajah tenang Fahrin. Tanpa sedar, dia mengalirkan air mata. Dia rindukan Fahrin dan kata-kata lembut Fahrin. Dia rindukan perhatian Fahrin dan kasih Fahrin.

“Jangan nangis sayang.. Fahrin janji akan bawa Han balik.. Kita mula hidup baru ya sayang?”pujuk Fahrin. Jarinya cuba menepis air mata di pipi Han.

Han terasa itulah kebahagiaan yang hakiki buatnya. Tiada yang lebih indah melainkan cinta dan kasih sayang Fahrin.

Perhatian Fahrin kini hanya tertumpu pada Han. Setiap hari Fahrin menjenguk Han dan setiap kali itu jugalah Fahrin akan membawa sekuntum bunga Ros merah buat Han. Sungguh Han berasa terharu dengan layanan Fahrin terhadapnya. Sungguh dia menyayangi Fahrin dan itulah cinta sejatinya.

SUDAH hampir seminggu Han berumah tangga di Hospital. Tangannya pantas memasukkan baju ke dalam beg dan bersedia menanti Fahrin. Romeonya juga telah seminggu berada di bengkel. Entah akan cantik seperti dulu atau tinggal besi buruk.

“Fahrin hantar Han balik kampung dulu ya? Ada urusan yang Fahrin kena selesaikan. Fahrin janji akan kembali”

Han sekadar mengangguk memegang janji. Fahrin tersenyum lantas memapah Han menuju ke kereta.

Sesampainya mereka di rumah, Fahrin mencium lembut dahi Han sambil tersenyum.

“Tungguh Fahrin tau! Dan jangan lari lagi! Biar aku mencintaimu!”ucap Fahrin sambil mengenyitkan mata.

Han menggeleng sambil tersenyum.

Tetapi dalam hati masih bersoal. Andai Fahrin dapat menerimanya mengapa harus lari pada malam itu?

EVA mundar-mandir di hadapan Datin Kalmas manakala Datin Kalmas hanya menunduk merenung lantai.

“Eiii.. Aunty! Fahrin sekarang dah makin tak nak dengar cakap! Sekarang ni bukan main lagi dia jenguk betina tu dekat hospital hari-hari. Betina tu pun satulah! Apasal tak mampus je terus?!”rungut Eva dengan nada yang jelik.

Datin Kalmas masih diam membisu.

“Aunty! Eva cakap dengan aunty ni.!”

“Ha.. apasal tak dilayan menantu kesayangan awak tu Kalmas? Dah tak ada bateri ke nak dengar bebelan dia tu? Boleh tolong suruh dia senyap sikit tak? Saya nak baca surat khabar ni”pinta Datuk Ikmal yang menumpukan perhatian pada pembacaannya.

Datin Kalmas masih membisu.

Kedengaran enjin kereta dimatikan. Fahrin melangkah laju memasuki rumah.

Datin Kalmas lantas bangun menuju ke arah Fahrin.

“Fahrin...”

Fahrin melangkah laju memasuki bilik dan beberapa minit kemudian muncul dengan beg di tangan.

“Fahrin nak ke mana ni?Bawa beg. Fahrin nak lari ke?”soal Datin Kalmas sambil merenung ke arah anak tirinya itu. Sebenarnya Datin Kalmas tersangat kasihkan Fahrin namun mungkin kehendaknya menutup segala kasih sayangnya buat Fahrin.

“Fahrin nak keluar dari rumah ni..”

“Fahrinn... jangan... Jangan pergi tinggalkan mummy..”

“You... apa you buat ni? You nak lari ikut betina tu ke? Betina tak guna tu?”

Pang!

Tamparan hinggap di pipi gebu Eva. Eva terduduk di atas sofa sambil tangannya memegang pipinya merah akibat ditampar.

“Hey perempuan! Kau tak layak panggil dia betina tak guna. Selama ni I hormatkan you, I jaga maruah you. I ikut kehendak you and for now, tolong jangan ganggu I lagi!”jerkah Fahrin geram.

“Aunty! Tengok Fahrin ni, dia tampar Eva!”rengek Eva sambil memegang pipinya terkinja-kinja

Datin Kalmas tidak mengendahkannya.

“Fahrin.. maafkan mummy.. Mummy tahu selama ni mummy sekat segala keinginan Fahrin.. Mummy tak kisah kalau Fahrin nak kahwin dengan perempuan tu asalkan jangan pergi dari rumah ni. Please. Mummy tak ada anak lain Fahrin.”pujuk Datin Kalmas sambil menangis. Dia benar-benar khilaf. Dia sedar kebahagiaan bukan terletak pada wang.

Datuk Ikmal yang kusyuk membaca terkejut dengan apa yang didengarinya.

“Awak dah sedar Kalmas?”soal Datuk Ikmal.

“Ya bang.. Anak kita segala-galanya.. Siapa nama gadis yang dah pikat hati anak mummy ni?”soal Datin Kalmas cuba memujuk.

“Raihana”

“Raihana ya? Nanti kenalkan mummy dengan dia ya? Mummy pasti dia mesti gadis yang baik sebab dia pilihan anak mummy..”ucap Datin Kalmas sambil tersenyum. Datuk Ikmal juga tersenyum lantas bangun menuju ke arah Fahrin.

“Alhamdulillah semuanya dah selesai. Sebenarnya inilah yang daddy tunggu selama ni”ucap Datuk Ikmal pula.

Fahrin mulai tersenyum. Syukur di atas nikmat Allah.

Eva memandang keluarga bahagia dengan hati yang membahang!

“Tak! Semuanya tak boleh jadi macam ni! Aunty! Aunty janji nak kahwinkan Eva dengan Fahrin kan?”soal Eva sambil memandang wajah Datin Kalmas penuh berharap.

“Ya andai ada persetujuan di pihak Fahrin. Eva.. Kebahagiaan Fahrin segala-galanya buat Aunty”jawab Datin Kalmas sambil tersenyum. Di usap belakang Fahrin lembut.

Eva menahan rasa geram. Di hentakkan kakinya melangkah keluar daripada rumah dengan hati yang sebal.

“Hah Fahrin, ni nak ke mana pulak?”soal Datuk Ikmal apabila melihat beg yang dipegang Fahrin.

“Ke kampung Raihana la daddy..”

“Tak nak ajak kami sekali ke?”duga Datuk Ikmal sambil tersenyum.

“Jomlah!”jawab Fahrin dengan hati yang berbunga-bunga. Dalam hati dia berdoa agar Allah mempermudahkan segala-galanya.

RINA mendekati Han yang sedang leka membaca novel. Bagaikan tidak percaya itu yang menjadi tanggapan Han selama ini. Ternyata Han menyimpan dendam terhadap arwah ayahnya. Mujur Fahrin sempat menceritakan hal ini, barulah dia tersedar dan mengetahui mengapa adiknya bersifat keras dan ego.

“Han.. kakak nak cakap sesuatu dengan Han.”

Rina mendekati Han lantas melabuhkan punggungnya di atas tilam empuk.

“Han masih ingat peristiwa dulu? Yang menyebabkan mak dan ayah kita meninggal?”soal Rina serius.

TUBUH Raihana diratah penuh rakus oleh ayahnya.

Pang! Sekali lagi tamparan kasar ayahnya hinggap di pipi apabila Razni sedar Raihana sekali lagi cuba melawan. Tamparan yang terakhir itu berjaya membuatkan anak gadisnya pengsan tidak sedarkan diri.

Dub! Satu pukulan hinggap di kepala Razni. Matanya berpinar. Ternyata kayu yang digunakan sebagai senjata oleh Ezad, abang Raihana mempunyai paku tajam. Satu pukulan berjaya menyebabkan Razni meninggal waktu itu juga.

Rina dan Ezad merangkul tubuh Raihana erat. Malam itu mereka kehilangan kasih seorang ibu dan ayah..

Lamunan terhenti.

“Ja..Jadi, Nana selamat daripada di....”

“Ya Nana. Nana sempat kami selamatkan. Nana masih suci. Ampunkanlah Ayah Nana... Mungkin dia pernah melakukan kesalahan tetapi perkara ni dah berlaku bertahun-tahun dulu. Kesiankanlah rohnya di alam sana Nana.. Hentikanlah sifat dendam.. Setiap manusia layak dimaafkan walau sebesar mana pun dosanya.”pujuk Rina.

Terhambur juga tangisan Han yang kini meleraikan segala dendam di dadanya dan sebagai penawar buat parut yang perlu dihakis. Benar, ayahnya bersalah tetapi dia juga bersalah kerana menyimpan dendam terhadap ayah kandungnya. Mungkin inilah masanya dia memaafkan segala-galanya.

HATINYA terasa begitu berdebar-debar menanti kehadiran pengantin lelaki. Inai di jari kelihatan merah. Bagaikan tidak percaya dia kini berjaya meraih sebuah impian yang kini menjadi realiti. Syukur kepada Allah kerana memakbulkan doanya.

“Han! Aku tak sangka kau akan kahwin secepat ni! Hari-hari aku pergi jumpa tokong aku doa supaya dia bagi kau cepat-cepat kahwin!”ucap Anna dengan wajah yang gembira.

“Eleh kau ni! Ye la tu hari-hari kau jumpa tuhan kau! Tapi tak apa at least kau berjaya membuat aku terharu dengan kata-kata kau Anna!”jawab Han gembira.

“Eh, tengok ni!”

Anna menunjukkan jari manisnya; kelihatan sebentun cicin berlian di jari.

“Ha yang ni apa maksudnya pulak?”soal Han.

“Ryan ajak aku kahwin hujung tahun ni! Ahhhhh!”jerit Anna gembira. Han juga ikut terjerit gembira mendengar perkhabaran daripada rakan baiknya. Mungkin inilah penamat sebuah penderitaan. Allah menjanjikan kebahagian buat umat yang tidak pernah berhenti berdoa kepadanya. Alhamdulillah..

Kini dia perlu menempuh hidup baru bersama orang yang tersayang. Fahrin..

“ABANG.. boleh Nana tanya sesuatu ?”soal Han sambil merangkul tubuh suaminya erat.

Fahrin mengangguk memandang Han sambil tersenyum. Di usap jari jemari isterinya penuh kasih.

“Kenapa abang lari masa malam tu lepas Nana cakap yang Nana dah...”

“shhhh...”jari jemari Fahrin kini memegang bibir Han.

Han diam sambil memandang suaminya penuh kasih.

Fahrin merangkul kembali tubuh isterinya. Terasa kehangatan dan desahan Fahrin semakin hampir. Tenang.. itulah yang dirasai Han sekarang.

“Sayang nak tahu kenapa? Hmm.. Abang lari masa tu sebab abang tak nak Nana tengok abang nangis. Abang sedih sebab perkara tu berlaku dekat orang yang abang cintai...”ucap Fahrin lantas mengucup dahi isterinya.

Barulah Han tahu . Pada awalnya Han fikir Fahrin benci dan jijik memandangnya.

“Sayang.. tak perlu lah di ingat kisah lama. Sekarang abang ada di sisi Nana..Tiada apa lagi yang mampu pisahkan kita”ucap Fahrin lembut kemudian merangkul isterinya ke pelukan.

“Nana sayang..”

“Hmm.”gumam Han sambil mengeratkan lagi pelukan suaminya.

“i love you..”ucap Fahrin lagi.

Han tersenyum gembira mendengar bait kata dari bibir suaminya.

“Abang janji, selama degupan dan nadi abang masih berdenyut.. Abang akan sentiasa mencintai Nana dan menyayangi Nana. Selagi Nana masih dalam pelukan abang.. Nana sentiasa milik abang.”ucap Fahrin sambil mengeratkan pelukan isterinya.

“Janji?”

Fahrin memandang Han sambil tersenyum. Dikucup dahi isterinya lembut.

“Atas nama cinta”

Han tersenyum.

“Nana....”

“Ermmm...”

“Biarkan aku mencintaimuu...”

TAMAT

Kaulah Segalanya – Hazrul Nizam

Kau merubah segala..

Cinta yang ku dahaga..

Kehadiran dirimu menyinari mekar semua hatiku..

Kau lukis hidupku.. Kau hias hatiku..

Kau sambut cintaku tulus ikhlas suci hatimu kasih..

Kau lah segalanya,..

Yang menyinar hidupku kasih..

Hanya satunya..

Yang ku cintai..

Sambutlah cintaku..

Jangan kau pergi dari sisiku..

Cintaku padamu..

Ikhlas sejati..

Tanganmu kasih..

Sungguh cintaku..

Jangan tinggalkan daku seorang diri tak sanggup lagi dilukai..

Maafkan daku.. Jika salahku.. Peristiwa yang pernah ku alami dulu..

Aku tahu bertapa pahitmu.. Menerima sejarah hidupku..

Kaulah segala-galanya..

Cintaku padamu..

Ikhlas sejati..

Andai jodoh telah ditetapkan ..

Tiada apa bisa menghalangnya..

Jangan membenci sesuatu kerana khuatir kamu akan menyukainya ..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (surah Al-Baqarah ayat 216)

Copyright by Chika Smile Toshimoshi