Welcome To My Blog Buddy .Be My Follower keyh :D
Peringatan daripada penulis!
Selamat membaca saya ucapkan kepada yang hadir! Iklan sebentar : Nantikan kedatangan cerpen"Isteriku Menantu Cadangan!" dan "Ya Sayang, Saya Sudi!" di penulisan2u.my. Saya hargai pembaca semua. Boleh tambah saya di facebook anda. Saya tak makan orang :p :)

Monday 16 May 2011

Kemelut Di Muara Kasih



AKU dengan dia dah lama bersahabat. Sejak aku menuntut di sekolah menengah lagi, sampai la aku jadi jurutera sekarang. Dia wanita yang istimewa. Renungan mata dia tu boleh buatkan aku rasa serba tak kena.

Pandangan mata dia boleh menggetarkan jiwa lelaki aku. Dia wanita yang pertama mengetuk pintu hati aku. Dari dulu sampai la sekarang, aku hanya suka pada dia.

Memang ramai wanita yang menawarkan cinta untuk aku.Ttapi aku tak terima semua tawaran mereka kerana hati aku cuma pada dia. Siapa dia? Yuna Hafdalina.. Dia ketua pengawas sewaktu sama-sama bersekolah dengan aku dulu. Dia tua setahun dari aku.

Agak pelik bukan sebab aku suka pada orang yang lebih tua dari aku? tapi aku rasa benda tu tak menimbulkan isu. Sebab semua orang dah sedia maklum. Cinta itu buta.. Ya ke? Bagi aku, kita yang buta.. Cinta itu hanya membutakan pandangan mata seseorang. Cinta itu tak buta.

Kita yang membutakan cinta. Cinta tu celik. Heh.. Berfalsafah pulak aku. Aku betul-betul tak sangka yang aku akan jumpa dengan dia semula.

Memang mengujakan sebab dia dah berjaya jadi usahawan wanita macam yang dia impikan dulu. Aku tumpang gembira dengan kejayaan dia.

Dia tampil dengan lebih bergaya dari dulu. Tapi kalau dia tetap tak ubah penampilan dia pun, aku tetap suka dengan dia. Dia wanita yang bertakhta kat hati aku selama bertahun lamanya. Setia? Mungkin bukan istilah yang sesuai.

****

“AFFAN?” Aku membuka kaca mata hitamku. Segera aku memandang wanita yang memanggil namaku tadi. Macam mana dia boleh kenal aku? Aku dilanda perasaan pelik. Tapi.. Raut wajah dia.. Raut wajah dia ada iras-iras.. Ada iras-iras Yuna.

Yuna Hafdalina.. Wanita yang selama ni aku cintai. Wanita yang aku puja dalam diam. Dia ke tu? Lama aku tunggu dia. Kalau benar ini dia, maknanya Tuhan dah makbulkan doa aku. Alhamdullilah..

“Yuna?” Wanita itu mengangguk. Aku menarik senyuman panjang. Gembiranya hati ini hanya Tuhan saja yang tahu. Sudah bertahun aku menantikan dia. Tak sangka hari ni Tuhan makbulkan.

“Affan kerja mana sekarang?” soal Yuna. Sesekali aku mencuri pandang ke arah dia. Aku garu kepala aku yang tak gatal. Tali leherku dilonggarkan sedikit. Tak sangka boleh jumpa kat kedai makan. 

“Kerja dekat area-area sini jugak. Yuna?” Aku soal dia.

Dia tersenyum je. Aku suruh dia duduk, sebab dah lama aku tak berbual panjang dengan dia. Mujurlah dia tak menolak. Dia duduk berhadapan dengan aku.

Sekali lagi, perasaan tu datang lagi menerpa aku. Setelah sekian lama. Memang aku tak pernah padam dia dari hidup aku. Dia pertama dalam hidupku dan aku harap dia juga jadi yang terakhir. Mudah-mudahan.. Hanya Allah saja yang tentukan.

“Saya kerja dengan papa saya.”

“Businesswoman la ni..” Aku mengusik dia. Dia tergelak.

“Boleh la. Tapi tak berapa nak business sangat. Sebab baru je berjinak-jinak.” Aku mengangguk. Syukur sebab dia dah berjaya raih impian dia. Kalau dia tak belajar betul-betul dulu pun dia dah boleh bergelar usahawan dah. Syarikat papa dia ada, senang je.

“Lama-lama okey la tu.”

“Awak engineerkan?” Dia meneka. Aku terkejut. Hebat betul dia meneka. Aku pantas mengangguk.

“Saya tahu dari kawan-kawan. Lama tak jumpa awak Affan. Rindu saya..” Ucapnya. Aku tersentak mendengar perkataan ‘rindu’ tu. Dia rindukan aku sebagai apa? Sebagai seorang yang dia cintai dan sayangi atau dia rindu aku sebagai seorang sahabat? Aku kusut.

“Saya pun Yuna. Rindu awak jugak..” Aku memilih untuk berterus terang.

“Dulu comot je yea.. Sekarang dah kacak.. Kalah Aaron Aziz.” Selorohnya. Aku ketawa. Memang aku akui, dahulu waktu zaman persekolahan, aku selalu kena buli sebab aku jenis tak melawan orang. Sebab si Yuna ni ketua pengawas, dia selalu tolong aku, dia selalu backup aku.

Mana-mana aku pergi je mesti dia akan ikut. Tak pun kalau dia nak keluar pergi mana-mana, dia akan ajak aku. Dia pernah kata yang dia anggap aku macam adik dia. Tapi aku tak sedar yang aku mula suka dan cinta pada dia selepas dia habis SPM.

Memang waktu tu aku rasa sedih sangat. Dia dah habis sekolah. Maknanya hubungan aku dengan dia pun putus macam tu je. Dia tak ada tinggalkan nombor telefon untuk aku berhubung dengan dia. Dia sepi macam tu.

“Saya comot dari dulu sampai sekarang..” Kataku, menyokong butir bicaranya sebentar tadi. Yuna geleng kepala saja.

“Awak apa cerita sekarang?” tanya Yuna.

“Okey je.”

“Maksud saya.. Awak dah kahwin ke?” Yuna terus ke pokok soalan. Aku menguntum senyuman kelat. Payah nak jawab soalan Yuna tu. Macam mana nak kahwin kalau calon pun tak ada?

Macam mana nak kahwin kalau wanita yang aku nak jadikan isteri tu menyepi? Baru sekarang dia datang balik. Kali ini aku nak jadi lebih berani. Aku tak nak simpan perasaan aku lagi.

Kepala aku ligat memikirkan strategi untuk menawan hati Yuna. Walaupun sebelum ni dia pernah cakap kat aku yang dia anggap aku sebagai adik dia. Bila hati dah sayang, semua benda pun aku dah tak peduli.

Cinta kali ni perlu aku kejar. Aku tak nak cinta aku kali ni lari macam tu je. Aku dah serik dengan pengalaman lama.

“Macam mana nak kahwin kalau tak ada orang sudi dengan saya, Yuna..” Aku seakan berjauh hati. Dengan tiba-tiba saja Yuna memegang tangan aku. Jantung aku seakan berhenti berdenyut.

“Affan suka sangat cakap macam tu. Dari dulu sampai sekarang, asyik cakap macam tu. Merendah diri tu elok, tapi kalau asyik ulang je benda yang sama.. Tak suka la.” Dia memujuk aku. Aku tersenyum.

“Betul la saya cakap.. Mananya orang nak dengan saya ni. macam awak cakap, saya comot.”

“Itu dulu la.. Sekarang awak dah segak bergaya. Silap-silap saya pulak boleh tersangkut dengan awak..” Dia berjenaka. Aku tersenyum. Tapi dalam hati aku ni, cuma Allah je yang tahu.

“Bagus la kalau awak sangkut..”

“Eh.. Tak nak la.. Awak bukannya suka dengan saya.. Engineer macam awak ni mesti ramai perempuan keliling pinggang.” Kata Yuna pula. Aku tergelak. Kata-kata Yuna tu anggap lucu.

“Saya bukan playboy macam abang saya la..”

“Abang awak? Awak ada abang ke?” Soal Yuna.

Aku pantas mengangguk. La.. Takkan selama ni Yuna tak tahu yang aku ada abang? Oh ya.. Lupa pulak, abang aku dulu tak sama sekolah dengan aku.

Abang aku menuntut kat Maktab Rendah Sains Mara. Manakala aku kat sekolah biasa je. Keputusan aku tak la sebaik abang aku.

Dia pandai, dia harapan keluarga. Dalam keluarga aku, dia la selalu kena puji dan sanjung. Aku dah biasa dengan semua benda tu. Dan sekarang abang aku dah jadi seorang doktor pun.

“Ada.. Dulu tak sama sekolah dengan kita.” beritahuku. Yuna mengangguk.

“Anyway Affan, saya tak boleh lama ni. ada hal.. Ni pun sebab ada meeting dengan klien. Tak sangka jumpa dengan awak. Hope we can meet again.” Yuna meminta diri. Aku baru je nak tanya tentang status dia. Dia dah berpunya ke?

Atau dia masih belum berpunya? Tapi kalau tengok dari gayanya, dia belum ada sesiapa kat dalam hati dia tu. Maknanya aku ada peluang la? Heh.. Harap-harapnya begitu la.

Sebelum Yuna berlalu pergi, dia sempat serahkan sekeping kertas kat aku. aku menguntum senyuman penuh bahagia. Dia tinggalkan nombor telefon dia!

~Kalau rasa rindu tu, rajinkan la diri untuk telefon!


ehem2.. brmnt kn after bcee sinopsis dy? ap ag .. meh2.. kte skong nvel niee..
post trakhirr promote from dcc .. 
soo..meh2 bcee.. lau x bceee..
dc xmo follow korg dhh..hmmm

No comments:

Post a Comment

Copyright by Chika Smile Toshimoshi